ALOR GAJAH: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berhasrat mengikut jejak Felda Global Ventures Holdings (FGVH) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, pihaknya sedang melakukan kajian berhubung kaedah terbaik bagi tujuan itu.
"Risda berbeza dengan Felda kerana tanah ladang dimiliki pekebun sendiri, dan perancangan ini bergantung kepada kelulusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dividen peserta Rancangan Tanaman Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersil (TSK) negeri Melaka di Masjid Tanah di sini. - mStar.
Sebelum ni aku ada ulas pasai harga semasa saham FGVH yang MENJUNAM TERUK.
Takkan kut pasai harga saham FGVH yang menjunam teruk tu kot Rahim Tamby Chik berangan-angan nak senaraikan jugak saham Felcra, nampak sangat-sangat tak logik.
Mungkin ada sebab lain yang buatkan bekas Menteri Besar Melaka yang dituduh main dengan budak bawah umur ni teringin jugak nak Felcra masuk Bursa Malaysia.
Aku rasa Rahim Tambi Chik ni terliur bila baca berita macam yang dilaporkan Harakahdaily:
Umum mengetahui, di sebalik penyenaraian tersebut bukan peneroka yang hanya diberikan 800 unit saham yang untung, tetapi Pengerusi Felda yang sedang hebat dipertikaikan yang mengaut durian runtuh sebenar iaitu Tan Sri Isa Samad, yang dianugerahkan sebanyak 180,000 unit saham. - Hrkh.Kalau bekas Menteri besar Negeri Sembilan boleh dapat takkan bekas Menteri Besar Melaka tak boleh dapat jugak kut.
Kalau diikutkan 180,000 unit saham tu tak la besar mana tapi dari sekadar dapat elaun pengerusi Felcra yang tentu lagi tak berapa duit tu lagi cantik kalau dapat tambahan income dari saham mudah macam tu.
Nampak gayanya bertambah lagi la beban tugas untuk Mazlan Aliman yang jadi Pengerusi Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat.
Apa pun, dari sudut lain, cantik jugak Rahim Tamby Chik suarakan rasa terliur dia tu. Aku yakin isu macam ni cukup berkesan sebagai kempen untuk PRU13. Jadi lagi mudah untuk Pakatan Rakyat nak cerita rupa sebenar para pemimpin Umno yang selama ni dok tipu konon nak jaga melayu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis