TG Hj Hadi arahkan ahli PAS berkawan dengan polis? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 03, 2012

TG Hj Hadi arahkan ahli PAS berkawan dengan polis?

Harakahdaily melaporkan:
TEMERLOH: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, pasukan keselamatan adalah rakan PAS dan bukannya musuh.

Oleh itu, beliau meminta semua ahli PAS memahami perkara ini kerana mereka adalah kakitangan kerajaan yang melaksanakan arahan daripada kerajaan.

“Kita jangan bermusuh dengan polis, askar dan kakitangan kerajaan kita hanya lawan BN sahaja,” katanya dihadapan 20,000 penyokong PAS pada Himpunan Hijau ke Putrajaya Pahang baru-baru ini. - Hrkh.    
Dalam bab ni secara dasarnya aku setuju dengan TG Hj Hadi, Presiden PAS yang bagi arahan supaya anggap polis macam rakan. Pasainya ada kalangan kawan-kawan aku yang pantang tengok polis, mulut dah kumat-kamit maki polis. Tak elok macam tu, depa tu 'rakan' kita.

Sebagai rakan kita kena ambik tau hal-ehwal rakan kita. Apa yang rakan kita buat, kalau betul kita kena sokong tapi kalau salah kita WAJIB tegur. Kalau rakan kita ambil rasuah kita WAJIB larang.

Aku yakin TG Hj Hadi tak maksudkan kalau rakan kita buat aniaya kat orang kita pulak pi tumpang sekaki jugak aniaya orang tu.

Contohnya kalau 'rakan' kita tu buat aniaya dengan rakan kita yang lain, dengan sahabat baik kita, dengan rakan seperjuangan kita atau dengan rakan satu jamaah dengan kita.Takkan kita nak berdiam diri.

Kalau tanya aku, sebagai rakan kita yang paling 'aula' untuk belasah 'rakan' kita yang buat tahana tu. Pasainya kita yang lebih kenal dia, tau baik buruk dia dan tau kelemahan dia.

Kalau 'rakan-rakan' kita tu kerumun kawan baik kita, rakan seperjuangan kita atau rakan satu jamaah dengan kita macam yang jadi masa Himpunan Bersih 3.0 dulu, tak sepatutnya kita buat-buat taktau, buat-buat tak nampak.

Tak sepatutnya kita tengok saja kalau 'rakan-rakan' kita tu belasah orang secara berjamaah dikhalayak ramai macam anjing liar kerumun daging.

Harakahdaily juga melaporkan:
Ustaz Abdul Hadi turut memberi jaminan pemimpin Umno tidak perlu bimbang dengan PAS kerana PAS tidak akan membalas dendam sekiranya berkuasa.

Malah beliau turut memberi jaminan pemimpin Pakatan Rakyat lain juga akan melakukan perkara sama iaitu tidak akan membalas dendam sekiranya berkuasa. - Ibid.
Dalam bab ni, aku harap takdak yang salah faham antara balas dendam dengan menghukum orang yang buat salah.

Kalau PAS dah berkuasa, WAJIB untuk PAS hukum orang yang berkuasa sebelum tu kalau depa buat salah. Dan tentunya bukan atas dasar balas dendam tapi atas dasar untuk membela orang yang teraniaya.

Kalau ada rampas hak rakyat, PAS wajib rampas balik dan bagi semula kepada rakyat. Dan tentunya kalau ada yang didakwa bersubahat letup orang dengan C4, PAS wajib arahkan polis siasat dan dakwa dimahkamah.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...