Selangor kompom akan jatuh ke tangan Umno BN lepas ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 05, 2012

Selangor kompom akan jatuh ke tangan Umno BN lepas ni?

DUN Selangor ada 56 kerusi. Selepas PRU12 tahun 2008 Umno BN kuasai 20 kerusi, 8 oleh PAS, 13 oleh DAP dan 15 oleh PKR.

Maknanya Pakatan Rakyat Selangor cuma ada lebih 5 kerusi berbanding Umno BN. Pada tahun 2009 Adun Pelabuhan Klang bertukar jadi katak melompat keluar dari PKR. Jadinya Pakatan Rakyat cuma tinggal 24 kerusi, majoriti cuma 3 kerusi di DUN Selangor

Walaupun Umno BN tak berjaya tawan Selangor macam depa rampas Perak melalui aktiviti katak melompat, Umno BN buat kerja sungguh untuk rampas balik Selangor pada PRU yang akan datang.
Sebagai antara negeri termaju di Malaysia, Umno BN memang kerugian besar bila Pakatan Rakyat menguasai Selangor, sumber pendapatan depa melalui rasuah memang terencat banyak.

Semalam Harakahdaily melaporkan:
[Sumber: Mkini]
Nampak gayanya Umno BN bakal berjaya rampas Selangor guna cara yang sama depa rampas Terengganu masa PRU2004. Pertambahan pengundi naik gila-gila di Selangor sama macam di terengganu sebelum PRU2004.

Kalau PAS gagal pertahankan semua 8 kerusi, maknanya memang kompom Selangor jatuh ke tangan Umno BN. Tu belum kira lagi 15 kerusi yang PKR menang. Kerusi yang DAP menang mungkin tak berapa tergugat pasai depa bertanding di kerusi majoriti cina yang ada kata sokong Pakatan Rakyat mungkin mencecah sampai. 90%

Apa yang Pakatan Rakyat boleh buat?

Malaysiakini juga melaporkan:
Ditanya tindakan jentera parti menghadapi situasi itu, Dr Rani berkata pihaknya kini sedang 'all out' menjalankan pengesanan pengundi baru melalui program Selangorku Bersih yang dijalankan kerajaan negeri.

"Kita sedang kumpul nama yang diragui, kita akan buat laporan polis dan jika perlu pendakwaan di mahkamah sekalipun kita akan buat.

"Sekarang ini kita 'all out' jalankan pengesanan melalui Selangorku Bersih ini," katanya lagi.

Selangorku Bersih merupakan program membersihkan daftar pemilih ekoran pertambahan pemilih secara mendadak di Selangor sekaligus ianya mampu membantu tugas SPR. - Ibid.
Takat boleh bantah ja la dan aku yakin takkan bagi kesan apa pun bantahan tu, nama depa-depa tu dah disahkan dan dah masuk dalam Daftar pemilih.

Kut nak ada kesan pun cuma dari segi persepsi, rakyat mungkin akan smakin ramai yang nampak Umno BN mempergunakan SPR untuk rampas kuasa. Cumanya aku tak yakin kesan persepsi tu boleh bagi banyak tambahan undi untuk calon Pakatan Rakyat mempertahankan Selangor.

Apa yang PKR Selangor buat pulak?

Tak habih-habih nak berperang sesama sendiri, nak cantas mencantas, nak pastikan puak sendiri dapat pegang kerusi Menteri Besar akhirnya menang laga ayam tapi kampong tergadai.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...