Ketua Pemuda PAS dengan Ketua Ulama Muda Umno sama ja? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Julai 25, 2012

Ketua Pemuda PAS dengan Ketua Ulama Muda Umno sama ja?

Semalam banyak blog dan Facebook melaporkan pasai terkantoinya ulama muda Umno yang nak fitnah Ketua Pemuda Pas, Ust Nasruddin Tantawi.

Ust dari ILMU (Ulama Muda Umno) tu kata Ust Tantawi benarkan jurusolek wanita solekkan Ust Tantawi sebaliknya Ust Fathul Bari solek sendiri pasai takmau jurusolek wanita tu solekkan masa program debat Nasruddin vs Fathul Bari hari tu.

Bab terkantoi buat fitnah puak-puak Umno ni aku langsung tak heran, termasuk kalau yang terkantoi tu seorang ustaz sekalipun. Pasainya kalau dah sanggup duduk dalam Umno walaupun berpangkat ustaz benda-benda buruk macan tu mudah berjangkit.    
[Sumber: Facebook]
Aku tak heran langsung pasai Ust Fathul Bari disolek oleh juru solek wanita tu, standard la, puak-puak Ust pun kalau dah masuk Umno memang tahap 'toleransi' depa dalam bab hukum cukup tinggi.

Lebih kurang macam isu Ust Jamil Khair, Menteri yang jaga agama yang sebelum ni ada kata tak salah pinjam duit zakat untuk bayar peguam. Sama jugak macam Ustz Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri yang jaga agama yang sebelum ni pernah kata boleh melacur kalau darurat.

Yang aku mushkilnya macamana Ust Din Tantawi boleh bagi muka dia disolek jurusolek wanita pulak? Takkan tahap 'tolarensi' Ust Din Tantawi dalam bab hukum pun dah sama tinggi macam ust Umno kut?

Bila aku semak Facebook Ust Din Tantawi aku jumpa update dia macam yang kat bawah ni
1. Sedarkah kita sekarang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak ? Bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.

2. Justeru itu , saya harap sangat - sangat agar kita tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk : PRU 13 , Orang Muda Pilih Siapa ? baru - baru ini.

3. Saya bersetuju bahawa juru 'touch up' wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru touch up lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang. Teguran itu dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. Penganjur bersetuju dengan teguran saya.

4. Saya sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas touch up muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi saya. Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani ] - FB Nashruddin Tantawi.
Rupa-rupanya Ust Din Tantawi tergamam bila 'diserbu' jurusolek wanita. Benda 'ter' ni dimaafkan kot pasai bukannya sengaja. Dan memang cantik sangat la tegur pihak penganjur tu supaya tak buat lagi.

Cumanya bab tegur tu aku sekali lagi mushkil, takkan selama ni takdak yang tegur berda macam ni. Astro Awani dah banyak kali buat siaran langsung yang melibatkan pemimpin PAS sebelum ni. Takkan kut depa-depa yang sebelum ni tak 'diserbu' macam yang Ust Din Tantawi kena tu. Takkan kut depa tak tegur macam Ust Din tegur tu.

Ataupun, memang Astro Awani jenih yang memang tak ambik pot benda-benda 'remeh' macam ni?

Jadinya, aku kurang setuju dengan 'rayuan' Ust Din Tantawi yang mintak isu ni tak dipanjangkan. Pada aku lebih elok isu ni lagi disensasikan, biar orang yang selama ni tak tau atau tak berapa nak ambik peduli isu-isu 'remeh' macam ni akan lebih peduli lain kali.

Lagi cantik kalau isu jurusolek wanita ni dibuat pencerahan selanjutnya, biar lebih ramai yang faham termasuk orang bukan Islam. Termasuk juga isu juru solek lelaki yang 'lebih wanita dari wanita' yang jugak patut dibuat pencerahan dan disensasikan.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...