Kalau Ning Baizura masuk PAS kompom PR menang PRU13 - Salahuddin | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 20, 2012

Kalau Ning Baizura masuk PAS kompom PR menang PRU13 - Salahuddin

Seminggu dua ni heboh cerita pasai kata ada khabar angin Ning Baizura nak masuk PAS. Sampai hari ni pun nampaknya isu ni belum reda malah nampak makin hangat.

Bertambah hangat bila Ning Baizura sendiri ada yang kata angin satu badan, mengamok di twitter tak puas hati.

Puak-puak penchachai memang tak kata la, sungguh-sungguh spin isu ni kata macam-macam kat PAS. Memang tak heran pun pasai memang betul macam yang dilaporkan, memang Salahuddin Ayub ada sebut nama Ning Baizura dan Syarifah Aini nak masuk PAS macam yang dilaporkan oleh Sinarharian tu.  
Cumanya apa yang dilaporkan tu tak berapa nak tepat, tak macam yang aku dengar telinga aku sendiri.

Macam yang aku tulis sebelum ni, aku tak berapa nak peduli sangat pasai artis nak masuk PAS ni tapi kalau dah jadi kecoh macam ni nak kena ambik tau la jugak.

Aku memang dah lama nak tulis pasai ni tapi disebabkan takdak rakaman video yang boleh dijadikan bukti aku tak tulis. Tapi bila dah nampak kecoh macam ni aku rasa aku patut tulis apa yang aku dengar, ikut hangpa la nak percaya ka dak.

Memang betul Salahuddin ada sebut yang Ning baizura akan masuk PAS tapi apa yang aku dengar lebih kepada Salahuddin nak berseloroh, nak buat lawak tapi tak berapa nak jadi, pasainya dihujung ayat dia sebut

"Kalau Ning Baizura pun masuk PAS komfirm Pakatan Rakyat akan menang PRU13"

Salahuddin punya stail yang aku tau dia takkan sebut benda yang dia tak saheh benda tu betui, pasai tu la aku anggap dia cuma nak berseloroh, nak buat lawak, tambah-tambah selepas tu dia tambah ayat macam kat atas tu

Biasa la Salahuddin ni, kalau ceramah bukan reti nak buat lawak macam Mat Sabu, macam Mahfuz, kalau dia ceramah memang serius memanjang, payah sangat nak dengat orang gelak kalau dengar ceramah dia.

Aku pun sebenarnya tersentak jugak masa dengar Salahuddin Ayub sebut nama Ning Baizura tu. Pelik jugak aku macamana boleh tiba-tiba nama Ning pulak yang Salahuddin sebut, takkan dia minat kat Ning Baizura kut.

Aku nak quote sebijik-sebijik apa yang dia kata tu aku pun dah tak ingat tapi masa aku dengar dia ayat dia tu memang aku rasa Salahuddin nak buat lawak tapi tak berapa nak menjadi.

Jadinya, kalau ada sapa-sapa yang rakan video ucapan dia masa kat kawasan Flet di Kempas masa petang program dengan Anak Perantauan Kelantan di Johor tu tu elok hangpa dengar balik, betul dak macam apa yang aku tulis. Lagi elok kalau boleh upload video tu, boleh semua orang tengok sendiri dan nilai sendiri.

Jangan dengar apa yang Salahuddin kata saja tapi teliti cara dia sebut ayat tu.

Kesian kat Ning Baizura, dia tengah susah hati tu takut rezeki dia disekat pasai nama dia dikaitkan dengan PAS.

Apa pun, kalau tengok ke cara Ning Baizura mengamok dalam twitter dia macam kat bawah ni, nampaknya memang kompom la Ning Baizura takkan masuk PAS. Setakat hari ni la, yang kedepan sapa tau.

[Sumber: Twitter @NingDalton]
Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...