Aku bersemangat nak pi himpunan oren tu pasai nak rasa lagi semburan air kimia dan gas pemedih mata, kalau takat nak berjalan kat Parit Buntar ni pun boleh.
Tambah-tambah nak berjalan ke Istana Negara serah memorandum, tak berapa nak relevan la untuk aku terlibat sama.
Tapi disebabkan aku dah beli tiket bas dah baru aku tau pasai kebenaran polis tu, aku pi jugak la, paling kurang pun boleh jalan-jalan kat KL, sambil-sambil tengok sendiri betul dak jangkaan aku sebelum ni yang tak ramai hadir Himpunan Oren tu.
Aku taktau pada pandangan penganjur Himpunan Oren tu berjaya atau tak tapi kalau tanya aku, Himpunan Oren sebagai salah satu himpunan untuk 'menentang' Umno BN, kehadiran setakat tu dikira GAGAL.
Kalau berdasarkan target yang Mazlan Aliman sendiri sebut, memang kompom tak capai angka kehadiran 20ribu.
Masa solat hajat lagi dah nampak, memang sikit. Aku nak bubuh gambar pun tak gamak.
Mungkin kut promosi tak cukup kuat dan ramai yang tak berapa rasa isu Felda ni ada sangkut paut dengan depa yang mungkin takdak adik beradik dekat depa yang jadi peneroka Felda.
Lagi pun merata ada program mula dari malam Sabtu tu sampai ke hari Ahad, jadinya memang tak heran la kalau kehadiran kurang memuaskan.
Apa pun, Himpunan Oren semalam mencatat 2 kejayaan. Yang pertama penganjur berjaya hantar memorandum kepada pihak istana dan katanya Agong setuju terima memorandum tu dengansenang hati.
Yang kedua, himpunan Oren berjaya membuktikan demonstrasi jalanan boleh berjalan dengan aman kalau takdak provokasi dari penchachai yang beraksi macam 'si anjing Umno'. Pihak polis pun boleh bagi kerjasama yang cukup baik kalau takdak 'arahan dari pihak atasan'.
Tapi yang nyatanya himpunan yang dapat kebenaran dari polis meman memboringkan. langsung takdak cabaran dan yang paling tak best pasai tak dapat rasa pancutan air kimia dan gas pemedih mata.
[Sumber: Blog Ajijoi] |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis