Aku bangkang cadangan TG Nik Aziz ni!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 19, 2012

Aku bangkang cadangan TG Nik Aziz ni!!

Aku bangkang sekeras-kerasnya cadangan TG Nik Aziz yang ni. Mana boleh pilihanraya tak pasang bendera parti. Tak meriah la pilihanraya kalau tak pasang bendera parti, takdak suasana raya la pada masa pilihanraya. Lagi pun bendera tu kan ka syiar parti.

Kalau pasai pasang bendera parti tu boleh 'menyumbang kepada kekotoran selain mencacatkan pandangan' bagi selesai masalah tu sudah la, tak perlu sampai larang pasang bendera parti. Buat peraturan baru, kalau ada bendera yang dipasang tu kotor, koyak atau tak cantik, denda sapa yang pasang tu.

Lagi satu dan yang paling penting, kalau tak boleh pasang bendera parti, kesian la kat puak-puak yang tak reti buat kerja lain selain dari pasang pendera, takdak la peluang depa nak buat pahala sama masa pilihanraya. Puak-puak jenih tu bukannya sikit, belambak dok ada.
Puak-puak jenih ni memang tak reti buat kerja lain. Nak suruh depa mencula depa kata depa tak reti, kalau hangpa tak percaya hangpa cuba la suruh depa, naik berbuih dah mulut aku suruh, dah berapa buku daftar pemilih aku bagi, balik-balik depa bagi alasan kata depa tak kenai orang.

Nak suruh depa kempen merayu undi depa kata depa tak pandai walaupun aku tengok masa kat kedai kopi depa punya sembang kalah wakil rakyat, kadang-kadang sampai nak bergocoh pun ada. Nak suruh rayu undi dari rumah ke rumah lagi la depa tak mau.

Kalau nak suruh depa berzikir, buat solat hajat dan berdoa ramai-ramai tiap-tiap malam kat markas lagi la tak relevan, takkan depa turun punya. Jenis yang tok bilal dah azan kat masjid surau depa masih lagi kat kedai kopi ni, mana pernah nampak muka depa masa ada kuliah pengajian kat markaz, masa usrah lagi la. Takkan maunya depa. Taktau la pulak kalau Dewan Ulama' suruh depa mau.

Jenis-jenis macam ni memang tak reti nak buat kerja lain. Yang depa tau cuma pasang bendera dan poster. Kalau bendera atau poster habih, silap-silap kita pulak depa maki.

Lagi satu kalau ada yang anggap pasang bendera ni membazir aku rasa hangpa patut fikir balik. Kalau bayar kat artis untuk ceramah sampai RM2,500 untuk sekali ceramah hangpa boleh bayar, sangat-sangat tak relevan kut kalau hangpa kata pasang bendera parti banyak-banyak masa pilihanraya sebagai membazir.

Malaysiakini melaporkan
[Sumber: Mkini]


Nota kaki makan cekam:  Hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...