Iklan Top

Top message

Iklan 468X60 dan Javascript Iklan bawah post

Sunday, June 17, 2012

Muhyiddin Yasin punya pasai, Umno Bukit Gantang hina mahkamah?


Hari Jumaat lepas MediaPerak melaporkan:
Hanya dua hari lagi sebelum ketibaan Timbalan Perdana Menteri ke Bukit Gantang, pejabat utama Umno Bahagian disita hari berikutan satu pertikaian dimahkamah.

Pada pukul 10.0 pagi tadi, JRAS Corporation telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menyita bangunan Umno Bukit Gantang berikutan kegagalan satu projek di Trong.

Penyitaan tersebut sepatutnya dibuat semalam, tetapi oleh kerana terdapat beberapa masalah teknikal, maka ianya hanya dapat dilakukan hari ini. Bailif Mahkamah Taiping telah melekatkan surat penyitaan dipintu utama bangunan tersebut. - MediaPerak.com.
Cerita penuh pasai kes ni boleh di baca di MediaPerak.com.
Semalam MediaPerak.com melaporkan:
Tak sampai beberapa jam selepas bangunan Umno Bukit Gantang disita oleh mahkamah, bangunan tersebut dibuka kembali seperti biasa. Arahan mahkamah dianggap macam arahan budak-budak. Mungkin kerana mereka merasakan mereka lebih berkuasa dari mahkamah.

Gambar diatas diambil oleh Team Mediaperak tengahari tadi dan amat jelas bagaimana Umno tidak memperdulikan keputusan mahkamah.

Sejarah Perak moden telah membuktikan bagaimana Umno tidak pernah menghormati undang-undang manakala mahkamah hanyalah digunakan untuk kepentingan Umno, bukan kepentingan rakyat.

Ketika menyaksikan proses penyitaan oleh Mahkamah Tinggi Taiping semalam, ada diantara yang hadir berkata, “Di Perak,Umno lagi kuat dari Sultan.”

Memang benar. Ketika para pakar undang-undang bersetuju bahawa Menteri besar tidak boleh disingkirkan, Umno berjaya menyingkir Menteri Besar dengan memperkudakan Sultan.Ketika para pengamal undang-undang mengatakan bahawa Speaker tidak boleh disingkirkan, Umno mengheret Speaker dengan memperkudakan polis.

Sekarang, seorang rakyat biasa mahu menuntut keadilan dengan mengharapkan mahkamah tetapi Umno mempersetankan arahan mahkamah.

Apakah yang perlu diharapkan lagi?

Umno?

Sultan?

Mahkamah?

Polis?

Tak ada siapa yang boleh diharapkan lagi…kecuali kita sendiri yang perlu bangun mendapatkan hak kita. - MediaPerak.com.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

Artikel terkini

3 Orang BELASAH:

  1. Gitula...dari dulu kini dan selama mereka berkuasa...muka bumi Malaysia dan isikandungnya dibuat macam reta benda mak bapak depa....Dah bro..., jom kita stanby untuk hijaukan p pinang pulak...jom

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.. pagi semalan dapat RM240 untuk konvoi jumpa TPM. Dari Tg Malim, masuk TOL Tapah dan keluar semula di Slim River. Lepak di kedai kopi hingga hampir Zohor.

    ReplyDelete
  3. Tidakah mereka sedar asal usul mb mereka dr mahkamah??

    ReplyDelete

Mai komen kat sini. Ikut suka hangpa nak tulis apa pun tapi ikut suka aku pulak nak publish ka dak... Hahaha...
Cumanya tolong la tulis nama apa pun takpa, takkan BANGANG sangat nak tulis nama pun tak reti... Hahaha...
Apa pun, segala komen adalah tanggungjawab pengkomen...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan bawah posting