Muhyiddin Yasin : PRU13 masa terbaik 'mematikan' Umno | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Jun 03, 2012

Muhyiddin Yasin : PRU13 masa terbaik 'mematikan' Umno

Nampak gayanya Muhyiddin Yassin pun terpaksa mengaku secara terbuka yang peluang untuk Umno dikuburkan selepas PRU13 sangat-sangat besar.

Kalau peluang tu tak besar takkan sampai Muhyiddin Yasin sanggup kata macam yang dia kata di depan Jentera Pilihanraya Barisan Nasional tadi.

Memang la Muhyiddin Yasin tak sebut Umno tapi dia sebut Barisan Nasional, tapi kalau Barisan Nasional tumbang maknanya Umno pun tumbang sama, pasainya kalau pun Umno tak tumbang masa PRU13 tapi bila dah takdak kuasa di peringkat pusat dah tentu hayat Umno pun tak panjang.  
Parti yang selama ni bergantung kepada rasuah dan penyelewengan mana boleh hidup tanpa kuasa. Tara hilang kuasa di Selangor dan Penang saja pun depa dah teruk sebenarnya pasai negeri Selangor dan Penang yang kaya adalah penyumbang utama untuk dana Umno BN sebelum ni, inikan pulak tumbang di peringkat pusat.

Bila dah takdak kuasa langsung takkan la ada cukong yang BANGANG nak bagi duit kepada Umno, tak kira la melalui rasuah atau penyelewengan kuasa.

Kalau takat berkuasa di Perlis dan Pahang saja nak buat apa. Kat Pahang mungkin ada la sikit-sikit saki baki balak tu pun nak kena kongsi dengan orang istana jugak. Takkan nak bergantung dengan kilang Lynas saja kut. Kat Perlis pulak langsung takdak apa.

Jadinya memang patut pun Muhyiddin Yasin bagitau ketakutan dia tu. Mana tau, kut-kut dengan bagitau kepada jentera pilihanraya Barisan nasional tu, takdir akan bertukar menyebelahi Barisan Nasional masa PRU13 nanti.

MalaysianInsider melaporkan:
[Sumber: TMI]
Dan yang mungkin lebih menakutkan Muhyiddin Yasin, kerusi parlimen Pagoh pun dah tak berapa nak selamat untuk dia sebenarnya. Dengan peratus pengundi cina lebih 30% peluang untuk dia mengekalkan kemenangan sangat tipis kalau betul sokongan pengundi cina kepada Pakatan Rakyat meningkat melebihi 90% macam ramai yang kata.

Kalau parlimen Pulai yang majoriti PRU12 lebih 20,449 undi pun boleh jadi kalah lebih 7ribu undi, inikan pulak parlimen Pagoh yang cuma majoriti 12,581 undi... Hahaha...



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...