"Saya sangat2 bersetuju dengan ungkapan menteri ni, tapi..." | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 15, 2012

"Saya sangat2 bersetuju dengan ungkapan menteri ni, tapi..."

Ada sorang kawan facebook update status facebook dia:
Apabila saya terbaca Sinar Harian yang bertarikh 14 Mei 2012 saya sangat-sangat bersetuju dengan ungkapan menteri tersebut 100%. Tentu anda hairan bukan?

Persetujuan saya ini berdasarkan sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud, "ALLAH dengan tegas mengatakan jika kamu TIDAK BERSETUJU (suka) dengan hukum yang telah aku turunkan dan tidak mensyukuri nikmatku sila kamu Nyah (berambus) dari muka bumi ini" - FB
Member tu update macam tu merujuk kepada laporan SinarHarian yang tulis mengenai sorang Menteri yang cabar peneroka Felda supaya keluar dari Felda kalau tak setuju dengan Felda.
[Sumber: Facebook]
Aku cukup setuju dengan member tu. Kalau ikut mantiq yang sama macam kata menteri tu, kalau tak setuju dengan undang-undang Allah, dok merungut kata hudud tak sesuai, kalau laksanakan undang-undang Islam negara akan jadi huruhara dan macam-macam lagi, sepatutnya orang yang macam tu kena keluar dari bumi milik Allah.

Kalau setakat keluar dari Felda banyak lagi tempat lain boleh duduk tapi kalau keluar dari muka bumi ni nak duduk kat mana? Nak duduk kat planet marikh? Nak duduk kat bulan?

Mintak tolong menteri tu tanya kat Najib dia nak duduk kat mana? Planet marikh dan bulan pun milik Allah jugak. Malah neraka jahannam pun milik Allah jugak, nak duduk mana?

[Gambar kat atas tu sekadar gambar hiasan cilok dari blog BudakKampung.]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...