Muhyiddin sokong Majlis Peguam, tolak tubuh badan alternatif? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 18, 2012

Muhyiddin sokong Majlis Peguam, tolak tubuh badan alternatif?

Sebelum ni dalam posting Umno BN nak guna kaedah penjajah British lawan Majlis Peguam? aku ada ulas pasai cadangan nazri Aziz untuk tubuhkan badan baru untuk gantikan Majlis Peguam. Mungkin pasai dia tak puas hati Majlis Peguam yang ada hari ni nampak jelas sangat menentang kerajaan.

Tanpa langsung berselindung Majlis peguam siap buat EGM dan luluskan usul kutuk keganasan polis masa himpunan Bersih 3.0 dan luluskan 12 resolusu termasuk minta Menteri Dalam negeri dan ketua Polis Negara minta maaf kepada rakyat atas keganasan polis masa himpunan tu.

Tujuan Nazri Aziz nak ada badan lain supaya badan tu boleh menggantikan majlis Peguam yang dilihat menentang kerajaan, yang bukan saja akan sokong semua dasar kerajaan tapi kalau boleh sanggup beraksi sebagai 'si anjing Umno".
Rupa-rupanya tak semudah tu, pasainya kalau ikut Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Madya Dr Shamrahayu, bukan boleh mudah-mudah nak ujudkan satu badan lain untuk gantikan majlis Peguam pasai penubuhan Majlis Peguam ada dalam Akta Profesion Undang-Undang di bawah Seksyen 41 dan Seksyen 42 yang memperuntukkan tujuan dan kuasa Majlis Peguam.

Boleh la kalau nak tubuhkan berapa banyak badan lain pun, tapi kuasa tetap ada pada Majlis peguam, kecuali la kalau Nazri Aziz cadang nak pinda akta tu.

Yang menariknya hari ni Muhyiddin Yasin pulak keluarkan kenyataan yang kerajaan tak bercadang untuk tubuhkan badan peguam alternatif bagi menggantikan fungsi Majlis Peguam Malaysia. Satu kenyataan cukup yang bercanggah dengan apa yang Nazri Aziz kata sebelum ni.

Bharian melaporkan:

[Sumber: BHarian]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...