Baru-baru di kawasan kampung aku,adalah orang-orang PAS yang nak wat ceramah dan sorang kawan aku tu dilantik untuk uruskan hal-hal berkaitan permit polis...
Kalo ikut kata kawan aku..Permit polis hat lama ada 4 muka surat tapi sejak lulusnya Akta Perhimpunan Aman yang kecoh ari tu,dari 4 mukasurat tinggai 2 muka surat..Kawan aku kata takpala,mugkin senang seket keja dia..
Aku cakap kat kawan aku awat lorat sangat Bagan Serai nak wat ceramah kelompok sampai kena mohon permit?..Kawan aku kata dah jadi tradisi apalagi ada orang-orang lama dalam PAS Bagan Serai yang dok rajin ikot sangat kehendak polis... Hehehehe... Jadi kawan aku tu pon layan la...
Dah siap apa semua...Satu hari tu kawan aku pon pi la balai pasai nak antaq permit.. Dah selesai antaq semua tiba-tiba satu panggilan masuk..Rupanya ketua balai nak jumpa dia... Patah la balik pulak masuk balai..Sembang punya sembang,rupanya ketua balai nak bagi terang benda-benda baru berkaitan permit selepas Akta Perhimpunan Aman yang baru diluluskan oleh Parlimen..
Tapi yang syoknya... Pas selesai sesi penerangan oleh ketua balai tu..Tiba-tiba dia kata yang dia nak tanya 2 soalan kat kawan aku..Kawan aku kata OK... Soalan 1.. Kalo orang bukan Islam bagi salam camna kita nak jawab? Soalan 2.. Bolehkah orang bukan Islam baca petikan ayat Al Quran beserta tafsirnya?
Kawan aku tu walaupon selekeh dan nampak macam baguih tapi bab-bab agama ni boleh tahan la lagipon dia rajin melepak dengan ustaz-ustaz... 2 soalan tu dia jawab dan ketua balai tadi puas hati..Pastu kawan aku balik..
Tapi kawan aku kata,walopon permit tu kurang 2 mukasurat dari hat lama tapi isi kandungan dan larangan-larangan makin ketat seolah-olah macam tak bagi langsung pembangkang wat ceramah... Hangpa tak percaya apa kawan aku cakap? Tengok gambaq bawah ni...
Hangpa baca dan pahamkan perenggan kedua... Itu bahasa undang-undang.. Ok, aku cerita kat hangpa maksud perenggan kedua tu dalam bahasa kampung macam yang ketua balai cerita kat kawan aku tadi..
Ringkasnya camni.. Maksud perenggan kedua tu.. Contohnya kalo hangpa nak wat ceramah kelompok kat satu rumah orang PAS tapi jiran dia orang UMNO dan jiran dia tu mengadu kat polis yang program ceramah tu boleh mengganggu dia,secara otomatik polis ada kuasa nak halang atau batalkan ceramah tadi tu...Ketua balai tu ada cakap polis akan wat camtu walopon dengan hanya satu aduan!!!
Ini bermakna undang-undang perhimpunan baru membolehkan orang UMNO 'mensabotaj' program pembangkang dengan hanya membuat satu panggilan kepada pihak polis!
Tak ka celaka namanya!!!
Kalo dulu orang UMNO boleh keluaq rumah awai atau pasang radio kuat-kuat sebab tamau dengaq ceramah PAS tapi la ni depa tayah wat camtu dah..Hanya telepon polis dan mengadu kata ceramah tu ganggu dia,maka polis akan datang dan mengarahkan ceramah tu dibatalkan!
Maka, aku sarankan hangpa tayah mohon permit la.. Sebabnya sapa yang jadi penganjur dan isi borang permohonan permit, bermakna sebelah kaki dia dalam balai dah.. Hahahahaha
Sumber: Kaki Hentam
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis