Undang-undang baru lebih zalim dari ISA? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 11, 2012

Undang-undang baru lebih zalim dari ISA?

Sidang Perlimen semalam membentangkan rang undang-undang yang katanya akan ganti undang-undang ISA yang Najib janji akan dimansuhkan.

Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 tu akan dibahaskan pada hari Isnin.

Aku tak pasti macamana rupa rang undang-undang tu. Kalau baca pun aku tak rasa aku faham, maksud aku faham perbezaan rang undang-undang tu dengan undang-undang ISA yang dianggap zalim tu dan tara mana undang-undang tu yang katanya lebih baik dari ISA.  
Harakahdaily melaporkan komen Salahuddin Ayub berkenaan rang undang-undang baru nni:
Ahli Parlimen PAS akan memberi perhatian khusus berhubung undang-undang pencegahan baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dibentangkan di Parlimen hari ini.

Ketua Whip PAS di Parlimen, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan mengambil bahagian sewajarnya dalam sesi perbahasan nanti.

"Bagi saya ianya masih lagi mengandungi unsur-unsur pelanggaran secara tersirat dan perlu dibahas dengan teliti sebelum kita buat keputusan menerima atau menolak.

"Sehingga kini kita melihat kerajaan masih lagi tidak memberi satu jaminan bahawa undang-undang ini berbeza dengan ISA dan kita akan bahaskan," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian. - Hrkh.
Roketkini pulak melaporkan:
Selain rang undang-undang tersebut, Parlimen hari ini juga dibentangkan dengan satu akta untuk meminda Kanun Keseksaan (Penal Code) yang memberi kuasa lebih besar kepada pemerintah untuk bertindak zalim terhadap rakyat.

Pindaan kepada Kanun Keseksaan itu memasukkan 13 kesalahan baru, termasuk 7 yang melibatkan apa yang ditakrifkan sebagai:
  • Aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen
  • Cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen
  • Penyebaran maklumat
  • Sabotaj
  • Cubaan untuk melakukan sabotaj
  • Pengintipan
  • Cubaan untuk melakukan pengintipan.
Bagaimana pun, kertas pindaan rang undang-undang Kanun Keseksaan itu tidak pula dijelaskan takrif atau maksud “aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen”. - Roketkini.
MalaysianInsider pulak melaporkan:
Majlis Peguam hari ini menggesa Putrajaya perlu menyemak semula akta baru yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mana akan memberikan ancaman kepada kebebasan individu.

Organisasi itu turut menjelaskan, pihaknya mengalu-alukan langkah kerajaan memansuhkan ISA, polisi anti pengganas yang dinyatakan dalam akta baru perlu memperlihatkan keseimbangan “antara keselamatan bersama dan hak individu.”

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (gambar) menegaskan, keutamaan pihaknya adalah terhadap Bahagian IV dan VII Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 menyatakan bukti boleh digunakan untuk menjadikan kes, adalah bertentangan dengan bukti itu sendiri.

“Perubahan radikal daripada bukti undang-undang mungkin akan memberikan kesan negatif terhadap hak tertuduh ketika perbicaraan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Akta anti pengganas, polisi, dan keputusan harus merampas hak dan kebebasan pengganas tersebut.”

Lim turut menjelaskan definisi undang-undang itu di bawah Seksyen 3 terlalu “luas” dan mendesak kerajaan menggunakan perkara yang lebih spesifik, seperti yang boleh diguna pakai di bawah Konvensyen UN bagi Penindasan dan Pembiayaan Pengganas.

Kuasa untuk menahan suspek selama 28 hari dan gangguan komunikasi di bawah Seksyen 4 dan 6 turut berdasarkan pandangan perundangan dan bukannya ditentukan pihak polis, tegasnya. - TMI.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...