Tiba-tiba himpunan BERSIH berubah jadi tak ancam keselamatan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, April 19, 2012

Tiba-tiba himpunan BERSIH berubah jadi tak ancam keselamatan?

Hishamuddin Husin
Nampaknya Kerajaan Pusat pimpinan Umno akan ambil pendirian berbeza untuk Himpunan BERS✔H 3.0, berbanding himpunan BERS✔H dan himpunan BERS✔H 2.0 .

Kalau himpunan  BERS✔H dan Himpunan  BERS✔H 2.0 dianggap mengancam keselamatan negara dan pihak polis digunakan sepenuhnya untuk halang 2 himpunan terdahulu tu nampak gayanya kali ni Menteri Dalam Negeri tiba-tiba berubah fikiran dan anggap himpunan  BERS✔H 3.0 yang akan diadakan pada 28 April ni tak mengancam keselamatan.

Apa bezanya antara Himpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sedangkan tuntutan  BERS✔H 3.0 sama macam tuntutan  BERS✔H 2.0 yang ditambah dari tuntutan  BERS✔H yang pertama.

Mungkin kut salah satu sebabnya pasai sampai hari ni pihak polis belum lagi 'jumpa' segala maknenek parang panjang dan molotov koktail dalam botol plastik macam masa sebelum  BERS✔H 2.0 dulu.

mStar melaporkan:

[Sumber: mStar]
Kalau tanya aku, kenyataan Hishamuddin tu kenyataan adalah yang paling BANGANG dari Menteri Dalam Negeri tu.

Kenyataan yang membangangkan Pasukan Polis, Peguam Negara dan seluruh rakyat Malaysia terutama sekali ahli dan penyokong Umno diperingkat akar umbi yang sebelum ni beriya-iya sembang di kedai kopi betapa bahayanya himpunan Bersih.

Realitinya, Umno BN perlu ambik pendekatan berbeza bila depa tak berjaya sekat rakyat dari turun masa himpunan Bersih 2.0 dulu walaupun seluruh kekuatan polis dan media digunakan untuk halang rakyat dari turun. Kalau pendekatan yang sama digunakan tentu punya gagal malah mungkin akan lebih gagal lagi.

Apa pun, Presiden PAS dah pun keluarkan arahan supaya semua ahli PAS turun ke Dataran Merdeka 28 April ni dan aku harap puak-puak yang sebelum-sebelum ni sibuk sembang pasai wala' tak mengelat cari alasan untuk ponteng.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...