Kemelut PAS Kedah cuma selesai atas kertas? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 06, 2012

Kemelut PAS Kedah cuma selesai atas kertas?

Akhirnya kemelut perlantikan Exco Kerajaan negeri Kedah berakhir dengan perlantikan secara rasmi Ir Phahrolrazo dan Dr. Ismail sebagai Exco. Majlis angkat sumpah selamat diadakan di Istana Anak Bukit semalam.

Dengan majlis angkat sumpah tu aku harap segala kemelut di Kedah yang panas sebelum ni tak lagi diungkit oleh mana-mana pihak dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada yang kata masih terdengar lagi cakap-cakap belakang yang kata kemelut di Kedah tu cuma 'selesai atas kertas', lebih kurang macam api dalam sekam, walaupun tak nampak kut atas tapi masih membara di bawah.
Untuk jawab kesangsing puak-puak yang masih fikir macam tu, pada aku kita perlu khusnuz-dzan dan terima seadanya. Itu adalah pendekatan yang sebaiknya untuk diambil dan satu-satunya pilihan yang  ada.

Apa pun, aku harap PAS Pusat sentiasa pantau keadaan di Kedah tu supaya takdak aksi CELAKA yang cuba nak keruhkan balik keadaan PAS di Kedah. Kalau ada yang cuba buat aksi CELAKA aku harap sangat PAS Pusat ambil tindakan segera dan tegas.

Kalau sebelum ni Mesyuarat PAS Pusat sampai ambil pendekatan semua AJK PAS Pusat turun ke Kedah untuk selesaikan masalah di Kedah tu tapi aku harap kalau timbul lagi isu selepas ni, cuma Jawatankuasa Disiplin parti saja yang turun.

Lagi satu, kalau ada mana-mana pihak cuma sekadar ber'tazkiyah' dalam kemelut di Kedah tu, aku harap depa teruskan 'tazkiyah' depa paling kurang pun sampai habih PRU13.

Bernama melaporkan:
[Sumber: Utusan]
[Sumber gambar atas: Warta Kedah]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...