Ini rupa tokey kerja CELAKA pindah pengundi di Melaka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, April 21, 2012

Ini rupa tokey kerja CELAKA pindah pengundi di Melaka?

Hari ni Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof macam yang dilaporkan Malaysiakini dengan muka tak malu mengistiharkan yang Malaysia mempunyai Daftar Pemilih paling bersih didunia.

Aku kata muka tak malu pasai baru semalam Malaysiakini melaporkan Adun DAP Melaka kata dia ada bukti kerja CELAKA termasuk oleh kakitangan SPR sendiri dan juga kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang beraksi ala 'si anjing Umno' buat kerja mengkotorkan Daftar Pemilih.  

Malaysiakini melaporkan:
Rakaman itu turut menunjukkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam aktiviti yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka.

"Kedua-dua agensi kerajaan ini telah mengumpulkan pelajar di IPT terbabit pada waktu kelas di dewan dan mereka telah dinasihat supaya menukar alamat dengan menumpukan pada Parlimen Bukit Katil bertujuan mendapatkan lebih banyak undi dalam PRU akan datang untuk BN.

"Dalam rakaman tersebut, salah seorang jurucakap dipercayai anak kepada seorang pemimpin Umno di Negeri Melaka telah menyatakan dengan jelas sekiranya pelajar IPT terbabit bersetuju, segala kos pertukaran alamat akan ditanggung kerajaan dan ia termasuk proses pertukaran semula alamat di kampung asal sebaik selepas PRU nanti.

"Malah saya turut mendapat maklumat, pelajar yang sanggup berbuat demikian, segala bayaran sewa bilik akan ditanggung pihak terbabit sehingga selepas PRU," katanya dalam satu sidang media di Pusat Perkhidmatan DAP DUN Ayer Keroh hari ini. - Mkini.  
Kerja CELAKA ni sebenarnya dah lama didedahkan oleh blogger Kijang59 tapi kurang mendapat perhatian sehinggalah Adun DAP kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dedahkan dalam sidang media semalam.

Dalam pendedahan oleh blogger Kijang69, dia siap namakan siapa Adun Umno yang anak dia dikatakan terlibat dalam projek pindahkan pengundi tu dan siap bubuh gambar lagi macam yang aku salin tampal kat atas tu.

Untuk cerita lebih terpeinci boleh baca kat blog Kijang59



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...