Berita baik untuk pejuang demonstrasi jalanan... Hahaha... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 20, 2012

Berita baik untuk pejuang demonstrasi jalanan... Hahaha...

Dataran Merdeka
Akhirnya macam yang aku jangka, DBKL secara rasmi dah keluarkan surat tak benarkan himpunan BERS✔H 3.0 diadakan di Dataran Merdeka.

Bila tak boleh berhimpun di Dataran merdeka maknanya depa memang nak kita berhimpun di jalanraya dan berita macam ni memang ditunggu-tunggu peminat demonstrasi jalan raya. Apa barang setakat 'duduk dan bantah' mana sesuai dengan orang yang berjiwa muda.

Kemungkinan besarnya lepas ni DBKL akan minta bantuan pihak polis pulak untuk kuatkuasakan larangan tu, kalau takat penguatkuasa DBKL mana nak boleh halang kalau betul 500,000 orang turun nak berhimpun di Dataran Merdeka tu.
Bila DBKL minta bantuan pihak polis makanya polis pun ada alasan untuk masuk campur walaupun sebelum ni Menteri Dalam Negeri dah bagi semacam akujanji yang pihak polis takkan campur dalam himpunan Bersih 3.0 ni.

Bila polis dah masuk campur maknanya ada peluang la nak rasa mandi semburan air kimia dan tersedut asap pemedih mata penyesak dada. Baru la tak jatuh standard himpunan  BERS✔H 3.0 ni berbanding himpunan  BERS✔H dan himpunan  BERS✔H 2.0.

Malaysiakini melaporkan:
[Sumber: Mkini]
Jangan pulak berita baik ni di dianggap berita buruk dan jadi alasan puak-puak yang selalu cakap pasai wala' untuk ponteng.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...