Perkembangan terkini isu pengundi pos | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 15, 2012

Perkembangan terkini isu pengundi pos

Selama ni warganegara Malaysia yang duduk di luar negara yang boleh mengundi cuma pelajar sepenuh masa dan kakitangan kedutaan dan pasangan depa saja yang layak jadi pengundi POS.

Baru-baru ni SPR kena belasah teruk pasai tak benarkan warganegara yang lain yang duduk di luar negara untuk jadi pengundi POS sama. Pasai dah tak tahan kena belasah terutama sekali oleh Jawatankuasa Khas Parlimen atau lebih dikenali sebagai PSC akhirnya SPR bentangkan juga prosedur cadangan SPR supaya depa-depa tu boleh mengundi.

Walaupun macam tu, dukacita dimaklumkan, depa-depa tu berkemungkinan besar tetap tak boleh mengundi kalau PRU13 diadakan dalam masa terdekat pasai katanya perlembagaan perlu diubah untuk benarkan depa mengundi pasai dalam perlembagaan jelas disebut cuma pelajar sepenuh masa dan kakitangan kedutaan dan pasangan masing-masing saja yang layak minta pengundi POS.
Cuma yang kita tak puas hatinya pasai apa SPR lembab sangat. Dari awal lagi PSC dah suruh SPR buat kerja bagi depa-depa tu boleh mengundi. Kalau betul-betul SPR buat kerja memang sempat kalau nak ubah perlembagaan.

Masalahnya mungkin SPR memang takmau bagi depa-depa tu mengundi untuk PRU13 pasai kalau ikut survey katanya kebanyakkan depa-depa tuu akan sokong Pakatan Rakyat. Memang SPR selalu macam tu, sentiasa cuba untuk beraksi macam 'si anjing Umno', sebolehnya buat kerja untuk bagi kelebihan kepada Umno BN.

mStar melaporkan:

[Sumber: mStar]
Lain pulak cerita dengan kaedah pengundian awal. Pasai dah tak tahan teruk kena belasah tapi takmau jugak hapuskan pengundi POS terutama untuk anggota polis dan tentera, SPR sungguh-sungguh buat kerja supaya kaedah pengundian awal tu boleh dilaksanakan untuk PRU13 nanti.

Pakatan Rakyat tak berapa nak setuju dengan cadangan pengundian awal tu pasai masih terdapat beberapa isu ketelusan dan ruang penyelewangan tapi kalau nak dibandingkan dengan kaedah undi pos, kaedah pengundian awal tu lebih baik dari kaedah undi pos, lebih telun dan lebih boleh dipercayai.

Malaysiakini melaporkan:

[Sumber: Mkini]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...