Surat yang aku maksudkan tu aku dapat dari blog Kaki Hentam. Power jugak member tu hentam pasai surat tu.
Aku malas nak ulas panjang-panjang pasai aku nak tunggu dulu perkembangan selanjutnya. Kalau ikut surat tu, parti-parti politik bibagi tempoh 7 hari dari tarikh surat tu, maknanya tempoh sampai hari Isnin minggu depan.
Satu lagi, aku harap takdak yang terlepas pandang, arahan tu cuma melibatkan "tempat-tempat awan dan premis kerajaan".
Aku pun sebenarnya masih keliru dengan apa yang dikatakan "tempat-tempat awam" tu tapi aku yakin semua dewan-dewan termasuk dewan JKKK adalah "premis kerajaan". Tentunya termasuk Dewan Ramli Ngah Talib yang sentiasa berkibar bendera Umno di sebelah bendera Malaysia dan bendera Perak.
Apa pun aku harap pihak yang berkenaan dalam PAS Kawasan tak silap ambil pendirian dan tindakan dalam isu ni. Kalau kena dengan perkiraan sarafnya, isu ni boleh bagi political mileage yang cukup besar kepada PAS. Kalau tak kena gaya pendekatan, isu ni boleh merugikan PAS.
[Sumber: KakiHentam] |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis