Bukan setakat ahli peringkat bawah tapi pemimpin di peringkat pusat pun ada yang kata jenis 'mulut pempayan' jugak. Pantang orang tanya sikit, laju ja depa cerita. Kadang-kadang orang tak tanya pun, depa pulak yang tergedik-gedik pi cerita.
Tapi yang lawaknya, ada jugak yang sibuk dok belasah orang kata tak reti simpan rahsia parti tapi dari mulut dia sendiri keluar rahsia parti. Bila ada yang cuba peringat boleh melenting pulak kata dia bukannya dedahkan rahsia parti, dia cuma bagitau benda yang patut ahli tau.
Bukan nak kata kat orang lain, aku sendiri pun, kadang-kadang panas hati punya pasai, terpacul keluar jugak dari mulut benda-benda yang tak sepatutnya keluar. Bila tersedar mula la ligat otak sampai tergeliat lidah nak 'control damage.'
Apa pun, Bharian melaporkan:
[Sumber: Bharian] |
Diperingkat orang ramai pulak memang ternanti-nanti berita pasai perjumpaan tu. Sumber rasmi PAS pulak sampai ke saat aku tulis ni belum jugak lagi keluar berita.
Walaupun semalam katanya akan ada Sidang Media tapi ditangguhkan ke hari ni pulak, yang katanya akan diadakan pukul 11 pagi.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis