Isu Kedah - Kenyataan Dewan Ulama' yang tak berapa nak cerdik? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mac 03, 2012

Isu Kedah - Kenyataan Dewan Ulama' yang tak berapa nak cerdik?

Nampak gayanya Dewan Ulama' terpaksa jugak campur tangan dalam krisis perlantikan Exco Kedah 2012 yang kontroversi tu.

Kalau ikut maklumat yang aku dapat, memang pun Dewan Ulama' 'cuba dilibatkan' dalam krisis tu sejak dari awal lagi. Betul atau tak aku tak berapa nak pasti walaupun aku cukup yakin dengan sumber maklumat yang sampai kat aku.

Dewan Ulama' terpaksa juga keluarkan kenyataan bila Ir. Phahrulrazi ada keluarkan kenyataan yang Ulama' PAS Kedah sokong dia. Satu kenyataan yang pada aku sedikit kurang cerdik dari seorang Exco kanan.
Macam dilaporkan Harakahdaily
[Sumber: Hrkh]
Memang sepatutnya pun Dewan Ulama bagi respond segera pasai kenyataan Ir Phahrulrazi tu boleh mencalar imej Dewan Ulama. Kalau pun mungkin ada ahli Dewan Ulama' Kedah yang sokong dia takkan kut Dewan Ulama Kedah sanggup berdiri teguh dibelakang Phahrulrazi lawan Pesuruhjaya PAS Negeri yang dilantik oleh Presiden PAS..

Pun macam tu, aku ada sikit tak puas hati dengan ayat yang diguna dalam kenyataan rasmi Dewan Ulama tu. Maksud aku ayat no 2 dan 4 tu tak berapa sesuai diguna pasai berpotensi mengujudkan krisis atau polemik baru.

Takkan kut Dewan Ulama nak ujudkan persepsi memang ada cubaan untuk jatuhkan kerajaan PAS Negeri Kedah. Macam tu jugak takkan kot Dewan Ulama' nak timbulkan persepsi memang sah ada pemimpin PAS yang terlibat dengan penyelewengan.

Kalau setakat ada khabar angin pasai tu tanpa bukti kukuh tak payah la keluarkan ayat tu. Elakkan la bagi bola tanggung kepada musuh, penat kita nak tepis nanti.

Apa pun, aku harap segala krisis atau perseteruan yang ujud di Kedah tu dapat diselesaikan malam ni bila semua AJK PAS Pusat turun ke Kedah termasuk Presiden PAS yang baru balik dari Eropah bersama semua Pesuruhjaya PAS negeri-negeri. Aku yakin masalah Kuala Kedah akan dapat dikawal dan tak merebak ke kawasan-kawasan lain.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...