Pasai apa pulak PAS cuma sasar 17 kerusi di Johor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mac 07, 2012

Pasai apa pulak PAS cuma sasar 17 kerusi di Johor?

Semalam aku ada tulis artikel "Muhyiddin dan Ghani Othman risau Johor kalah?" yang Harakahdaily pilih masukkan dalam kolum 'Terbaik dari Blog'. Terima kasih la pasai terbitkan tulisan aku tu.

Dalam artikel tu aku ulas dari sudut lain kenyataan oleh Muhyiddin Yasin yang kata dia yakin Johor tetap akan jadi tiang seri Umno untuk PRU13.

Sebelum ni, PAS Johor dah buat kejutan bila Dr. Mahfodz, Pesuruhjaya PAS Johor buat kenyataan yang sebut YB Salahuddin Ayub sebagai bakal Menteri Besar Johor. Ramai yang terkejut dengan pengemuman tu. Malah ramai yang fikir PAS Johor buat lawak ataupun bermimpi di siang hari.  

Hari ni, PAS Johor mengorak lagi setapak langkah ke depan dengan umumkan yang depa sasarkan untuk menang 17 kerusi. Aku tak pasti pasai apa PAS Johor cuma sasarkan untuk menang 17 kerusi padahal PAS bertanding 39 dari keseluruhan 56 kerusi Dun negeri Johor.

Harakahdaily melaporkan:
[Sumber: Hrkh]
Sasarkan 17 kerusi tu pun ramai yang anggap PAS bermimpi, lagipun PAS Johor buat sasaran tu bukan suka-suka tapi tentunya selepas buat kajian terpeinci.

Lagi pun, kalau PAS berjaya capai sasaran 17 kerusi tu, maknanya BN hampir pasti tumbang di Johor. Untuk tumbangkan BN, Pakatan Rakyat cuma perlu 29 kerusi. Kalau PAS dah menang 17 maknanya cuma perlu lagi 12 kerusi. Takkan DAP yang boleh menang semua kerusi di Perak masa PRU12 yang lepas tak boleh menang semua kerusi di Johor.  Calon PKR pulak dari 9 orang tu takkan langsung tak menang. Jadinya negeri Johor memang dalam tangan.

Bagi yang fikir PAS Johor sekadar bermimpi, mungkin depa patut fikir balik. Kalau tengok PRU12 yang lepas, ada sapa fikir yang calon PAS boleh menang di Johor. Sapa sangka PAS boleh menang di dua Dun, Sungai Abong dan Maharani.

Ramai yang fikir calon PAS cuma boleh menang tanpa bertanding, tu pun pasai ada orang Umno yang bangang macam di Senggarang masa PRU11 dulu.

Pada PRU12 lepas, calon PAS bukan setakat menang tapi di Dun Sungai Abong calon PAS berjaya dapat majoriti 1,550 undi yang pada PRU11 calon Umno menang dengan majoriti 6,057 undi.

Macam tu jugak di Dun Maharani, walaupun menang dengan majoriti cuma 208 undi tapi calon Umno menang dengan majoriti 6,612 undi masa PRU11, swing undi yang cukup besar.

Dengan sokongan rakyat Johor yang semakin meningkat kepada PAS memang tak mustahil PAS akan berjaya dapat swing yang besar juga untuk kerusi-kerusi lain maca PRU13 nanti.

Tambah-tambah pulak dengan YB Salahuddin Ayub yang hampir pasti akan bertanding di Johor, tahap semangat kerja jentera PAS Johor tentu lagi meningkat dan dalam masa yang sama akan buat lebih ramai rakyat Johor buka mata terhadap PAS.

Apa pun, jentera pilihanraya PAS Johor kena kerja lebih gigih lagi untuk pastikan pengorbanan Salahuddin Ayub tinggalkan kerusi selamat di Kelantan untuk bersama jentera pilihanraya PAS Johor tak sia-sia.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...