Najib Rosmah cuma takat nak bersumpah kut, macam kes Altantuya dulu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Februari 02, 2012

Najib Rosmah cuma takat nak bersumpah kut, macam kes Altantuya dulu?


Malaysiakini melaporkan:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mendakwa bahawa laporan kononnya isteri beliau berbelanja sakan di Sydney baru-baru ini "sengaja direka" untuk memburukkan imej mereka.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pengguna di Twitter yang meminta beliau untuk mengesahkan sama ada tulisan di blog fesyen Australia - Frockwriter yang menganggarkan isterinya membelanjakan sekitar A $100,000 (RM323,000) untuk membeli pakaian oleh pereka terkenal.

"Ini cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," katanya di Twitter malam tadi. - Mkini.   
Takkan kut nak pertahankan bini tersayang cuma sekadar guna twitter. Takkan kut Najib harap rakyat Malaysia boleh terima penafian dari dia sebagai suami, cuma dengan guna twitter.

Malaysiakini juga sebelum tu melaporkan:
Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor yang ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.

Buat kali pertamanya, Huntington menulis dengan panjang lebar di blog beliau dengan dijelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku antara beliau dan pereka Carl Kapp serta ‘publicist’ beliau, Little Hero, sebelum berita berkenaan dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari. - Mkini.
Wartawan fesyen Patty Huntington semalam mempertahankan laporan dia, dia siap dedahkan sumber maklumat dia. Boleh baca apa yang dia tulis kat blog dia Frockwriter :Close encounters of the KL kind

Punya la panjang lebar Hutington tulis secara terperinci lagi, Najib pulak cuma sekadar tolong nafikan guna twitter ja, tak padan langsung.

Kalau betul laporan tu "sengaja direka" untuk memburukkan imej Najib dan Rosmah, laporan tu memang berjaya. Yang lagi bagi jadi lebih berjaya bila Najib dan Rosmah langsung tak berani ambil tindakan undang-undang, dakwa pihak yang terbitkan laporan tu di mahkamah.

Kalau betul "sengaja direka" pasai apa takut nak dakwa. Lagipun, memang padan la kalau nak dakwa pasainya reputasi Najib buruk tu bukan setakat dalam negara tapi laporan tu heboh dan hot 1Dunia.

Macam yang Penarikbeca tulis :
Selagi tak saman, Najib dilihat mengakui kebenaran laporan Rosmah berbelanja sakan - Penarikbeca.
Ataupun, mungkin kut Najib lebih suka buat sumpah laknat macam dia sumpah dalam isu Altantuya dulu... Hahaha...



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...