Utusan melaporkan:
ALOR SETAR 13 Jan. - Semua pengerusi biro agama UMNO di peringkat bahagian serta cawangan perlu mempunyai kefahaman yang mendalam tentang setiap isu terutama berkaitan agama bagi memudahkan mereka memberi penjelasan kepada rakyat di peringkat akar umbi.Aku langsung tak heran kalau Jamil Khair kata Pengerusi Biro Agama United Malay National Organisation tak faham isu agama. Pasainya isu agama semenjak Jamil Khair jadi menteri ni nampak semakin pelik, tak sama macam yang orang Islam lain faham.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kebanyakan pengerusi biro agama memikul tugas sebagai imam dan penceramah mengikut kapasiti masing-masing, justeru mereka perlu dilengkapkan dengan maklumat dan pengetahuan berkaitan isu semasa.
"Bila timbul sesuatu isu (yang ditimbulkan pembangkang) mereka tidak mahu bercakap (beri penjelasan) sebab tidak mendapat penjelasan yang terperinci mengenai perkara itu. Jadi mereka perlu dilengkapkan dengan maklumat supaya dapat memberi penyampaian lebih berkesan ke peringkat bawah. - Utusan.
Depa pun jadi penin terutama sekali bila timbui cerita Jamil Khair guna duit zakat.
Mula-mula Jamil Khair nafi yang dia guna duit zakat untuk bayar kos guaman tu. Lepas ada yang bawak keluar bukti-bukti termasuk bukti dari Audit Negara mula la Jamil Kahair gelabah.
Memang penin depa nak jawab pasai Jamil Khair bukannya orang miskin dan depa pun tau Jamil Khair baru saja repair rumah yang lebih layak dipanggil mahligai.
Yang depa faham duit zakat cuma untuk orang miskin, malah ramai yang masih silap faham kata anak yatim pun asnaf jugak.
Lagi depa penin bila tiba-tiba Mufti Wilayah pun nampak gelabah jugak, siap buat kenyataan guna duit zakat untuk bayar kos guaman Jamil Khair tu tak salah pasai guna asnaf fisabilillah.
Mana la depa tak penin, macamana pulak boleh jadi lagu tu, pasai depa pun tau kes mahkamah tu adalah kes pasai takmau gunakan undang-undang Kazaf. Kot mana pulak lawan undang-undang Islam boleh jadi fisabilillah.
Memang saheh punya la Pengerusi Biro Agama United Malay National Organisation terutama sekali di peringkat cawangan tak berani nak sembang pasai isu ni. Kalau ada yang berani bukak isu ni di kedai kopi dengan orang PAS, memang tak panggung kepala la kena sapu.
Puak-puak PAS ni tak payah tunggu Ketua Ulama' kawasan atau cawangan, mat-mat rempit yang tiap-tiap malam minggu whelee motor hujung kampung pun boleh jawab isu ni. Depa tak payah guna hukum, guna logik akai pun dah terkedu Pengerusi Biro Agama United Malay National Organisation nak jawab.
Dalam keadaan ramai orang miskin yang susah, nak makan pun payah, mintak bantuan duit zakat sampai ke sudah tak dapat tiba-tiba Jamil Khair senang-senang boleh guna duit zakat berpuluh ribu, guna untuk lawan undang-undang Kazaf pulak tu.
Aku rasa bukan Pengerusi Biro Agama United Malay National Organisation peringkat cawangan saja tak mampu nak bersembang isu ni di kedai kopi, Jamil Khair sendiri pun aku tak yakin dia berani.
Tu belum lagi sembang pasai bini Najib tak reti-reti nak pakai tudung tutup aurat walaupun dah banyak kali pi Mekah tawaf keliling Kaabah... Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis