Kecoh… SPR KENE LUDAH!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 04, 2012

Kecoh… SPR KENE LUDAH!!!


Utusan melaporkan:
KUALA LUMPUR 1 Dis. – Mana-mana pihak yang ‘sibuk’ membuat pelbagai cadangan bagi membolehkan pengundi luar negara menunaikan tanggungjawab mereka tanpa perlu pulang ke tanah air sepatutnya menumpukan usaha untuk mendaftarkan kira-kira 3.7 juta rakyat negara ini yang masih belum berbuat demikian.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana rakyat Malaysia yang menetap di luar negara hanya berjumlah 25,000 orang mengikut rekod yang dikeluarkan Wisma Putra. - Utusan.  
Aku sebenarnya terlepas pandang berita ni. Kenyataan Timbalan Pengerusi SPR tu nampak macam nak perli kata parti-parti politik Pakatan Rakyat tak betul-betul buat kerja. Masalahnya betul ka tak buat kerja ataupun SPR yang sebenarnya bagi depa susah nak buat kerja.

Aku malas nak ulas panjang pasai isu ni pasainya BudakIpohTimur dah ulas panjang dalam blog dia dengan tajuk "Kecoh… SPR KENE LUDAH!!!". Antara lain dia tulis:
Sebelum ni punya la senang nak daftar pemilih baru. Aku antara yg trlibat menjadi Penolong Pendaftar Sementara (PPS) SPR bagi parti politik sebelum disambung tauliah dan ditukar nama menjadi Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) mulai 2011. Apa yg aku tengok dan alami sendiri, puak SPR ni mmg xdak niat pun nk daftarkan pemilih baru nih. Hangpa kene cong je laa. Piiiirah mabuk…

Pada sapa2 yg pernah jadi PPS @ PPP, hangpa tau la. Punyala jenuh round keliling kampung cari pemilih, kekadang turun pagi sampai ke petang, yg dpt daftar sorang dua je. Dah la tu, bila isi borang antaq kene rejet. Alasan depa, alamat x lengkap la. Kalau takat nama atau no k.p salah tu ok la jugak, tp pasai alamat salah pn kene rerjet? Chitt… dah perabih duit minyak, last2 xdpt apa. Usahkan habuk, debu pn ilek. Xkan la SPR x leh bertolak ansur pasai alamat nih. Bukan yg dok daftar tu tau pn pemilih tu ada dua alamat berasingan. Yang salah JPN la pasai ada buat cip2 pastu benarkan lak tukaq2 alamat dlm cip tu. Apa kes???

Ok yg ni 1 hal jugak. Awal Nov. 2011 lepas SPR dh letak syarat baru. Kene ada salinan IC pada sapa2 PPP yg nk daftar pemilih baru bagi mengelakkan pemilih yg didaftarkan adalah dengan izin pemilih tersebut. Hahhh tu pa dia?? Syarat nk kasi daftar ka syarat x mau kasi daftar???  [Baca sepenuhnya di blog BudakIpohTimur]
Cumanya aku nak tambah sikit saja. Kalau nak mudah, terima saja cadangan dari Pakatan Rakyat, semua warganegara yang berumur 21 tahun ke atas automatik layak mengundi, habih cerita.

Lagi satu pasai isu pengundi luar negara tu. Timbalan Pengerusi SPR yang selalu bertindak macam 'si anjing Umno'  tu tak sepatutnya buat perbandingan macam tu, perbandingan yang langsung tak kena.

Rakyat yang duduk di luar negara yang nak mengundi mana boleh dibanding dengan rakyat yang duduk di dalam negara yang takmau mengundi. Nak daftar mengundi atau takmau adalah hak demokratik depa, ikut suka depa la, yang pentingnya SPR sebagai badan yang dibagi amanah untuk jalankan pilihanraya kena bagi peluang untuk setiap rakyat Malaysia untuk mengundi.

Kalau ikut logik memang sepatutnya depa-depa yang duduk diluar negara tu dibagi peluang untuk mengundi pasainya depa adalah warganegara. Setakat hari ni kalau ikut perlembagaan hanya kakitangan awam dan pelajar saja yang dibenarkan mengundi.

Masalahnya, sampai hari ni masih ramai pelajar diluar negara yang taktau pun depa sebenarnya boleh mengundi secara pos.
[Gambar diatas sekadar hiasan kredit: Budakbalun]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...