Pembunuhan karektor kebangkitan mahasiswa | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 05, 2012

Pembunuhan karektor kebangkitan mahasiswa


mStar melaporkan:
PUTRAJAYA: Kesemua 17 pelajar universiti yang ditahan selepas enggan bersurai selepas mengadakan demostrasi di hadapan pintu masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal pagi tahun baru didapati mempunyai hubungan dan kaitan dengan parti politik.

Jemaah menteri dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun diberi taklimat berhubung kejadian itu dalam mesyuarat kabinet Rabu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hampir kebanyakan pelajar yang ditahan itu bukanlah pelajar UPSI.

Malah adifahamkan sebahagian besar daripada mereka juga mempunyai rekod CGPA yang rendah. Khaled mengesahkan bahawa terdapat beberapa pelajar yang berdemo itu merupakan pelajar yang telah pun digugurkan daripada beberapa buah universiti awam setelah memperolehi markah yang terlalu rendah. - mStar.  
Dalam politik, memang tindakan 'character assination' cukup biasa digunakan. Cara paling mudah tapi paling tak bermoral.
 
Contohnya macam berita kat atas tu. Ayat yang digunakan "Malah adifahamkan sebahagian besar daripada mereka juga mempunyai rekod CGPA yang rendah". Betul atau tidak tak penting yang penting dakyah tu masuk dalam kepala otak pembaca sasaran.

Kalau pun betul apa yang difahamkan tu, sebenarnya tak boleh dijadikan alasan untuk menafikan hak kebebasan mahasiswa.

Kalau nak kira dapat CGPA rendah, aku yakin lagi ramai mahasiswa yang dapat CGPA rendah pasai bercinta, tak dengar pulak ada undang-undang yang larang mahasiswa bercinta.

Yang nyatanya, 'character assination' ni menunjukkan yang kerajaan semakin gusar dengan keberanian mahasiswa. Walaupun ditekan dengan AUKU, masih ada mahasiswa yang berani menentang dan sanggup ambil risiko dikenakan tindakan melalui AUKU.

Gambar kat atas tu aku cilok dari blog penchachai United Malay National Organisation. Sungguh-sungguh puak ni memperlekeh mahasiswa yang berani tu.

Kalau btul kerajaan nak tau pandangan sebenar mahasiswa berkenaan AUKU tu, kerajaan patut buat satu pungutan suara dari para mahasiswa. tu pun kalau berani la, SAHEH punya tak berani... Hahaha...

Apa pun terima kasih kepada Blogger TaipingMali yang buat komen macam imej kat bawah ni. Buat la kenyataan BANGANG macam tu kerap-kerap.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...