Sudah heboh di Bukit Gantang Hasan Ali akan naik pentas UMNO buat pertama kali. Sememangnya tidak disebutlah anjuran UMNO, tapi semua kerja buat ceramah ini dibuat oleh puak-puak UMNO.
Mana la ada orang PAS di Bukit Gantang yang kelapaq nak simpati buat kerja anjur ceramah ini. Tak lain kerja puak UMNO yang nak ambil peluang guna Hasan Ali
Beliau akan berceramah bersama ulama muda UMNO yang dikatakan beraliran salafi Fathul Bari di Pekan Bukit Gantang. Tajuk ceramah pun hebat 'Bersatulah Umatku' - PASPB.
Juga ditulis:
Tapi yang peliknya, kenapa Hasan Ali tak pilih Parit Buntar . Tak adakah ahli PAS yang bersimpati dengannya di Parit Buntar. Bukannya sekejap beliau jadi Ahli Parlimen Parit Buntar, 4 tahun . Ramai yang dia kenai di Parit Buntar.Menarik jugak kalau ada yang sanggup jadi penganjur Dr. Hasan Ali mai turun ceramah kat Parit Buntar.
Mungkin UMNO Parit Buntar tak pandai ambil peluang macam UMNO Bukit Gantang. Ataupun , UMNO Parit Buntar dok rasa kalau panggil Hasan Ali bukan boleh tambah undi sebaliknya boleh kurang undi.
Nak tunggu bantuan ISMA, mana ada ISMA di Parit Buntar. ISMA ni dok nampak hebat kat golongan terpelajar. Mai kat kampung , pi la tanya ISMA sahih depa tak tau. Tak tah orang kampung silap sebut jadi KIMMA.
Tak tahulah selepas ini, UMNO Parit Buntar pula yang panggil Hasan Ali atas nama NGO ciptaan UMNO.
Tunggulah kedatangan Hasan Ali ke Parit Buntar, nak tahu juga nanti siapa penganjurnya? - Ibid.
Kat Parit Buntar ni bukan setakat ahli biasa PAS tak puas hati dengan tindakan Dr. Hasan sampai dia kena pecat tu, orang-orang kanan dia yang dulu dok usung dia merata tebuk pun tak puas hati.
Ramai yang bila bercerita pasai Dr. Hasan ni akan mula buka cerita-cerita dari sisi tak berapa nak elok pasai Dr. Hasan ni yang selama ni mungkin depa pendam.
Dengar ceritanya Ah Tek dan Ah Wong yang banyak tolong dia masa PRU13 dulu pun tak puas hati, teringin sangat nak bersemuka dengan Dr. Hasan Ali.
Aku risau kalau Dr. Hasan Ali turun Parit Buntar, ada yang tak tahan, pi tunjai muka dia ja. Puak-puak panglima kat Parit Buntar ni bukan boleh kira...
Apa pun, kalau Dr. Hasan turun mai Parit Buntar, aku nak bagitau awai-awai, jangan sapa ajak aku, tak kelapaq aku nak pi...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis