Umno bakal rampas Parlimen Titiwangsa cara kotor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 01, 2011

Umno bakal rampas Parlimen Titiwangsa cara kotor?


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 30 Nov: PAS kawasan Titiwangsa mempersoal tindakan kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa telah membuat penambahan pengundi pos di Parlimen Titiwangsa yang kini berjumlah 1,100 orang.

Menurut Pengarah Jentera Pilihan Raya kawasan itu, Khairul Anuar Abdul Manap, penambahan itu didakwa berlaku bagi tahun 2011 untuk suku tahun kedua dan ketiga.

Dalam data bagi daftar pemilih suku ketiga tahun 2011, jelasnya seramai 51 pengundi baru didaftarkan sementara pengundi yang berpindah masuk ke Parlimen Titiwangsa sebanyak 471 orang.

"Dalam senarai daftar pemilih yang terbaru pula, didapati ada pertambahan empat kem tentera baru. Salah satunya adalah 93 Semboyan DiRaja yang dipindahkan daripada Parlimen Setiawangsa.

"Didapati seramai 152 orang pengundi telah dipindah masuk ke kem tersebut, manakala bagi 72 KN Semboyan DiRaja, pengundi baru yang berpindah masuk seramai 57 orang.

"Cawangan Siasatan Jenayah KPTD pula mencatatkan perpindahan masuk ke Parlimen Titiwangsa seramai 61 orang, dan 104 Kompeni KPTD seramai 255 orang.

Sehubungan itu, PAS Titiwangsa ujarnya mahu kerajaan menjelaskan apakah rasioanalnya kem 93 Semboyan DiRaja Setiawangsa dipindah masuk ke Parlimen Titiwangsa.

"PAS Titiwangsa mengesyaki pertambahan undi pos di Parlimen Titiwangsa menunjukkan seolah-olah ada usaha secara halus dan terancang untuk merampas kerusi Parlimen Titiwangsa  secara mudah", katanya lagi. - Hrkh.
Aku secara dasarnya boleh terima anggota tentera sebagai pengundi pos ataupun macam cadangan SPR undi pos ditukar kepada pengundian awal, pasainya memang tak dinafikan ada keperluan untuk tu sebagai persiapan kalau jadi apa-apa yang tak diingini yang melibatkan keselamatan negara.

Cumanya tak la tahap kritikal sangat pasainya takdak masalah sangat pun kalau anggota keselamatan mengundi macam pengundi awam yang lain. Kalau ada kecemasan ka apa ka, depa tak mengundi pun tak pa, lagipun kalau betul ada kecemasan nak mengundi sebagai pengundi pos pun mungkin sempat.

Masalahnya bila ada kerja CELAKA macam ni la yang menjadikan undi POS sangat tak relevan. Pasainya undi POS ni sangat mudah nak dimanipulasi dan diseleweng.

Masa PRU12 dulu, allahyarhamah Dr. Lo'lo' cuma menang majoriti tipis.

P119 TITIWANGSA
Jumlah Pengundi: 49,892
Peratusan Kaum: M: 66.7% C: 23.7% I: 9.3% L: 0.36%
1. Dr. Lo'Lo' Mohamad Ghazali (Pas) (17,857) 2. Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir (BN) (15,885)
Majoriti: 1,972
Jumlah undi: 33,933
Peratus mengundi: 68.01%
Undi rosak: 191
Penyandang: Datuk Astaman Abdul Aziz (BN)
(Majoriti: 11,815 undi)

Pasai nak pastikan kerusi parlimen Titiwangsa dapat dirampas dari PAS, senang-senang ja pengundi POS di ubah ke situ, nak bagi tak nampak sangat menipu, dipindah kem masuk sekali.

Memang CELAKA punya kerja.

Apa pun, aku harap penduduk perlimen Titiwangsa terutama sekali penduduk Kampung Baru yang termasuk dalam parlimen Titiwangsa tak lagi tertipu dengan mainan Umno BN.

Kalau lokaliti kawaqsan Kampung Baru tu boleh bagi menang majoriti besar kepada calon PAS masa PRU13 nanti, mungkin Umno BN akan fikir banyak kali untuk buat tindakan ikut suka hati depa dengan kampung baru.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...