MP Pakatan Rakyat kecewakan kita | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 30, 2011

MP Pakatan Rakyat kecewakan kita


Malaysiakini melaporkan:
Manakala ahli parlimen Pakatan Rakyat menjustifikasikan tindakan mereka keluar Dewan sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman semalam sebagai satu protes, tetapi ada pihak yang kecewa dengan tindakan tersebut.

Antara mereka ialah Melissa Loovi, yang bersama-sama 20
anak muda, berhimpun menyertai nyalaan lilin "Occupy Parliament" di Jalan Parlimen malam tadi.

"Saya tidak tahu perasaan pengundi berdaftar yang lain, tetapi sebagai seorang yang aktif menyokong pembangkang, saya kecewa dengan MP saya dan rakan-rakannya yang keluar Dewan. Mereka bukan dipilih untuk berbuat demikian," katanya.

"Hakikat bahawa undi pembangkang tidak akan dapat menghalang Rang Undang-Undang tersebut adalah soal kedua kepada saya, kerana mereka sepatutnya hadir di Dewan dan menyuarakan suara pengundi mereka, daripada berada di tempat lain ketika rang undang-undang itu diluluskan." - Mkini.
Aku setuju sangat-sangat. Memang sepatutnya ahli parlimen Pakatan Rakyat berjuang hingga ke saad terakhir. Mana tau kut-kut masa undi belah bagi tu ahli parlimen BN yang mendapat hidayah dan berubah hati mengundi menentang rang undang-undang tu. Memang la kebarangkaliannya cukup rendah tapi kemungkinan tu tetap ada. Kalau nak kelaur pun, keluar la lepas undi belah bahagi tu.

Aku rasa sebab utama depa keluar awal tu pasai depa takmau rakyat tau ada wakil rakyat PR yang ponteng sidang semalam dan akan kena belasah lagi macam masa undi belah bahagi pembentangan belanjawan sebelum ni dan juga masa undi belah bahagi RUU Kampung Baru.

Malaysiakini sebelum ni melaporkan:
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.

Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Ia kemudiannya diikui penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Mereka juga membantah keputusan Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas. - Mkini.
Sebelum tu, Harakahdaily ada melaporkan:
KUALA LUMPUR, 29 Nov: PAS memaklumkan tindakan untuk menghalang perlaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman 2011 di mahkamah akan dibuat selewat-lewatnya Jumaat ini.

Peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin menjelaskan pihaknya kini sedang giat menyiapkan dokumen berkaitan dan yakin ia boleh diselesaikan dalam minggu ini.

"Bagi membantah perlaksanaan RUU tersebut PAS akan mengemukakan bantahan perlaksanaan tersebut di mahkamah selewat-lewatnya Jumaat ini.

"Kita akan lawan habis-habisan agar perkara tersebut tidak menjadi undang-undang dan ditarik balik," jelasnya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily semasa menyertai perarakan Majlis Peguam Malaysia bagi membantah RUU tersebut di parlimen hari ini.

Dalam pada itu, beliau berpendapat bantahan aman hari ini merupakan suatu yang bersejarah kerana ia dilakukan oleh para peguam sendiri.

"Melihat kepada bantahan hari ini ia merupakan satu sejarah kerana tentangan dilakukan oleh para pengamal undang-undang sendiri dan secara jelas menunjukkan peguam juga membantah RUU yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. - Hrkh.
Apa pun, dengan lulusnya undang-undang baru ni, Umno BN ada senjata baru untuk terus tekan rakyat. Pada aku biar Umno BN tekan rakyat sungguh-sungguh menggunakan undang-undang baru ni dan aku yakin rakyat tak takut dan akan terus bangkit.

Lagi kuat ditekan lagi hebat rakyat akan bangkit dan lebih cepat umno BN akan tumbang. Kalaupun tak tumbang dalam pilihanraya aku yakin Umno BN akan tumbang jugak akhirnya melalui protes jalanraya.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...