Bharian melaporkan:
KLUANG: Jabatan Penjara mewujudkan program penternakan lembu berskala besar yang akan diusahakan oleh banduan menerusi program pemulihan melalui latihan yang sekaligus dapat meningkatkan hasil penternakan negara.Aku harap program ni takdak kena mengena langsung dengan ISU hangat NFC.
Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara, Datuk Hassan Sakimon berkata program dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu bertujuan memberi persediaan kepada banduan untuk berdikari seterusnya membekalkan keperluan bekalan daging dalam penjara dan dikomersialkan.
"Program perintis penternakan lembu ini sudah dimulakan tahun ini di beberapa penjara dan pusat tahanan termasuk Penjara Kluang, di sini, Penjara Pokok Sena, Kedah; Pusat Tahanan dan Perlindungan Taiping, Perak; Institut Pemulihan Dadah Jelebu, Negeri Sembilan dan Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah," katanya. - Bharian.
Tapi, ok jugak Jabatan Penjara buat program macam ni. Pasainya lepas PRU13 nanti, mungkin ramai orang yang bermentaliti lembu atau buat orang macam lembu akan didakwa dan dipenjarakan. Sesuai la dengan mentaliti atau kerjabuat depa tu, masukkan depa dalam program tu, biar depa lebih sedar diri.
Lagi satu, mana tau kalau-kalau keluarga Shahrizat nanti didakwa dan dijatuhi hukuman penjara, sesuai la depa dimasukkan dapam program tu, depa boleh belajar cara yang betul macamana nak bela lembu. Tentu punya kaedah yang Jabatan penjara ajar tu tak melibatkan pembelaan lembu dalam kondo... Hahaha...
Gambar hiasan 1 |
Gambar hiasan 2 |
Gambar hiasan 3 |
Gambar hiasan 4 |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis