Takkan kali ni pun TG Nik Aziz pun tak berani jugak... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 24, 2011

Takkan kali ni pun TG Nik Aziz pun tak berani jugak...


Bernama melaporkan:
KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju agar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat bersekali dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan secara serentak di seluruh negara.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata banyak masalah akan timbul jika pembubaran Parlimen dan negeri dibuat berasingan.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata tiada keperluan bagi Kelantan untuk mengadakan pilihan raya berasingan dengan pilihan raya umum.

"Ini kerana jika Kelantan berbuat demikian ia memberi peluang kepada pihak parti lawan memberi tumpuan kepada negeri ini," katanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan bersekali dengan pembubaran Parlimen jika ini berlaku dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan.

Kelantan dan Selangor selain Pulau Pinang dan Kedah adalah negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang. - BERNAMA 
Macam yang aku agak, nampaknya TG Nik Aziz masih teguh dengan kefahaman dia dan tak setuju pilihanraya peringkat Dun dibuat berasingan dengan pilihanraya parlimen, atas alasan kalau buat berasingan Umno BN akan bagi tumpuan pada Kelantan.
 
Aku boleh terima kalau TG Nik Aziz tak setuju cadangan tu kalau dia guna alasan membazir. Pasainya memang pun kalau buat pilihanraya duit kena 2 kali keluar. Belanja yang terpaksa ditanggung bukannya sikit. Entah berapa juta PAS Kelantan perlu belanja untuk tampong kos pilihanraya. Kalau buat 2 kali maknanya kena 2 kali keluar duit.

Tapi aku tak berapa nak boleh terima hujjah tu, nampak macam TG Nik Aziz dan PAS Kelantan penakut, nampak macam TG Nik Aziz pun tak yakin yang PAS mampu bertahan di Kelantan pada PRU13 nanti. Dalam keadaan hampir semua orang bercakap pasai nak taran Putrajaya, takkan PAS Kelantan tak mampu untuk pertahankan Kelantan.

Hujjah tu memang sesuai digunakan untuk pilihanraya umum sebelum-sebelum ni, pasainya sebelum-sebelum ni cuma Kelantan saja yang bukan di bawah Umno BN. Memang pun nak cari mampos kalau buat pilihanraya berasingan, pasai memang pun Umno BN negeri-negeri akan berhimpun membentuk satu jentera besar di Kelantan.

Jentera PAS seluruh negara pun tak mampu nak hadapi jentera Umno tu, terutama sekali pasai semua dana akan dilonggok di Kelantan

Bezanya PRU kali ni, bukan Kelantan saja yang bukan di bawah Umno BN. Kalau nak buat pilihanraya berasingan dengan pusat tentunya negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah akan buat serentak. Maknanya pilihanraya peringkat negeri akan dijalankan serentak di Kelantan, Kedah, Penang dan Selangor.

Kalau nak kira tumpuan, dah tentu umno BN akan lebih tumpukan di Selangor pasai Selangor lebih perlu untuk ditumbangkan pasai Selangor adalah lombong emas kepada Umno BN. Memang ramai pemimpin Umno yang 'menderita' bila Selangor terlepas kepada PR pasai depa dah tak boleh kaut untung projek atas angin.

Aku harap sangat jentera pilihanraya Pakatan Rakyat kaji sedalam-dalamnya, terutamanya jentera pilihanraya PAS, kelebihan-kelebihan yang kita ada kalau negeri-negeri yang PR perintah tak buat pilihanraya serentak dengan peringkat pusat.

Aku harap sangat PAS berani buat kelainan kali ni untuk memaksimakan peluang tawan Putrajaya.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...