SUHAKAM pun bantah RUU anti demo jalanan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 24, 2011

SUHAKAM pun bantah RUU anti demo jalanan


Malaysiakini melaporkan:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mahu kerajaan menghentikan enakmen Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual untuk bacaan kedua di Parlimen hari ini.

"Suruhanjaya ini, menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan yang dibuat oleh pelbagai pihak dan membuka ruang untuk perbincangan dan wacana awam mengenai kebebasan berhimpun sebelum menjadikan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 itu sebagai suatu akta.

“Ia mesti memastikan bahawa peruntukan-peruntukannya selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia," kata pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, walaupun Suhakam, badan berkanun yang ditubuhkan untuk menasihati kerajaan berhubung isu-isu hak asasi manusia,- mengalu-alukan rang undang-undang itu, namun beberapa cadangannya berhubung akta yang digubal itu tidak dimasukkan.

Cadangan itu, kata Hasmy, diberikan semasa satu perjumpaan dengan Peguam Negara pada bulan lalu.

Tegasnya, Suhakam menekankan bahawa hak rakyat untuk meluahkan suara mereka melalui perhimpunan aman awam mesti dilindungi.

"Sebahagian daripada peruntukan di bawah rang undang-undang itu mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis. Semua ini, sekali gus menjejaskan hak orang ramai untuk menganjurkan atau menyertai perhimpunan aman," katanya. - Mkini.
Nampak gayanya pengerusi SUHAKAM sorang ni pun tak setuju dengan rang undang-undang tu. SUHAKAM yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk jaga hak asasi manusia di Malaysia pun tak boleh setuju dengan RUU tu, takkan la pulak Najib nak harap ahli parlimen PR sokong RUU tu.

Cumanya, Najb memang sebenarnya langsung tak harap ahli parlimen PR sokong RUU tu dan kalau tak sokong pun RUU tu tentu punya akan diluluskan di parlimen dengan undi majoriti. Kecuali la kalau bab nak ubah perlembagaan, Najib terpaksa harapkan ada ahli parlimen PR yang sokong sama pasai BN takdak suara 2/3 dalam dewan.

Walaupun SUHAKAM tak setuju dengan RUU ni, aku langsung tak fikir Umno BN akan tarik balik RUU ni. Pasainya walaupun SUHAKAM tu ditubuhkan oleh kerajaan tapi dah banyak sangat pendirian dan nasihat dari SUHAKAM sebelum ni yang kerajaan tak ambik peduli, macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Sama jugak la macam RUU ni, tentu punya takkan ditarik balik. Dan bila cukup syarat, RUU tu akan diundi dalam parlimen dan keputusannya seperti biasa 'suara menyokong melebihi suara menentang'.

Apa pun, aku tak fikir undang-undang zalim tu nanti takkan dapat sekat kemarahan rakyat dan takkan dapat tundukkan keberahian rakyat. Walaupun denda yang dikenakan cukup tinggi RM20,000 aku yakin ramai yang tak heran, malah kalau denda RM20 pun ramai yang akan pilih untuk tak bayar denda dan sanggup dipenjara...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...