Aku jumpa komen paling bernas ni dalam blog Prof. Dr. Hamirdin Ithnin:
Baru baru ni dalam pembentangan bajet, diumumkan skema kenaikan pangkat untuk guru yang lebih baik dan tidak perlu guru guru menunggu lama untuk kenaikan ke jawatan yang bergaji lebih baik.Kalau hangpa tak percaya hangpa boleh pi tanya cikgu Najmi aka Taiping Mali, dia tentu sanggup jadi bukti... Hahaha...
Belum pun kering gusi guru menelan air liur, sudah sampai ubat bius untuk melalikan girang guru. Kerja 9 jam sehari. Untuk pengetahuan pak menteri, para guru bukan sahaja sanggup kerja 9 jam sehari, tetapi kalau 90 jam sehari pun para guru sanggup. Semata mata berkorban demi pak menteri.
Nanti bila sampai pilihan raya semua para guru akan undi pak menteri, sebab dengan cara itu sahaja para guru ini akan dapat dinaikkan taraf kehidupan mereka dengan cara menambahkan jumlah jam bekerja. Gaji tak naik pun tak apa pak menteri, tambah lagi jam bekerja, para guru akan taat mengikut perintah pak menteri.
Sebab seperti yang terpahat dalam hotak pak menteri;
Seperti yang terdapat di feedlot Negri Sembilan;
Guru semuanya lembu - Hamirdin.
Malaysiakini pula melaporkan:
Pemuda PAS mendesak kerajaan membatalkan projek perintis sistem waktu bekerja sembilan jam bagi guru sekolah kerana ia didakwa "tidak wajar" dan "tidak munasabah".Semakin dekat nak PRU13 semakin celaru jadinya Umno BN ni, dah buang tebiat agaknya... Hahaha...
Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, langkah itu bukan sahaja membazir, malah guru juga tidak boleh dijadikan "tikus makmal" dalam sistem pendidikan negara.. - Mkini.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis