Malaysiakini melaporkan:
MCA hari ini menegaskan bahawa parti itu tidak menyokong cadangan untuk membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, mengundi dalam pilihan raya umum, atas alasan mereka tidak tahu perkembangan dalam negara.Memang patut sangat kalau MCA takut warganegara Malaysia yang menetap di luar negara boleh mengundi pasainya majoriti warganegara Malaysia yang menetap diluar negara adalah dari kalangan bangsa Cina.
Ketika membentangkan pandangan parti kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya (PSC), ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ei Kim Hock berkata, cadangan untuk memperluaskan undi kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara adalah tidak munasabah kerana mereka menerima maklumat yang "meragukan".
"Pengundi yang menetap di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi," katanya sambil menambah parti itu memandang serius perkara itu kerana mereka yang tinggal di luar negara tidak mengikut perkembangan dalam negara dan tidak memahami sepenuhnya keadaan di Malaysia. - Mkini.
Juga dilaporkan:
"Kami ragu-ragu dengan jenis maklumat yang mereka terima...," katanya sambil menegaskan bahawa masa depan negara perlu ditentukan oleh mereka tinggal di negara ini. - Ibid.Memang realitinya puak-puak yang duduk di luar negara ni punya kefahaman yang tak sama dengan kefahaman yang MCA nak depa faham pasai depa tentu ada saluran maklumat yang lebih luas berbanding orang cina yang tinggal di kampung-kampung baru dan di bagan-bagan.
Dengan kemajuan teknologi internet, depa-depa yang ada di luar negara depa juga boleh tengok siaran TV nasional dan swasta sama macam yang rakyat Malaysia tengok, macam tu jugak dengan suratkhabar.
Tapi dengan teknologi internet juga depa-depa yang berada diluar negara tentunya ada saluran maklumat lain yang kebanyakkannya lebih menarik dan lebih boleh diyakini.
Jadinya memang tak heran kalau kefahaman depa-depa tu berbeza sangat dengan kefahaman yang MCA depa nak faham dan tentunya juga keberangkalian untuk depa-depa tu undi calon dari MCA adalah sangat-sangat tipis.
Apa pun, aku tak berapa harap Putrajaya melalui 'si anjing Umno' yang ada dalam SPR akan bagi hak mengundi untuk warganeraga Malaysia yang tinggal di luar negara.
Satu lagi berkenaan "masa depan negara perlu ditentukan oleh mereka tinggal di negara ini" sangat-sangat bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk kurangkan 'braindrain'. Macam mana kita nak harapkan depa-depa yang bekerja di luar negara terutamanya dari kalangan profesional balik berkerja di dalam negara kalau macam tu cara kita layan depa.
Berkaitan:
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis