Pahangdaily melaporkan:
PEKAN, 11 Nov - Seorang ahli UMNO bahagian Pekan iaitu kawasan yang diwakili oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) hari ini tampil mengakui beliau mengundi di enam lokasi yang berlainan pada Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu.Aku tak berapa nak pasti betul ka dak laporan ni tapi aku percaya memang aksi CELAKA macam tu memang berlaku dan memang boleh dilakukan.
Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan mengaku ramai lagi rakan-rakannya di dalam UMNO yang juga mempunyai "keistimewaan luar biasa" hasil konspirasi politik yang dilakukan oleh UMNO BN dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Saya merasa bersalah atas apa yang berlaku. Bukan niat saya untuk khianat tapi mereka yang mengatur segalanya dengan teratur dan saya mendapat imbuhan daripada parti atas usaha ini. Tak silap saya antara lokasi yang menjadi tempat saya membuang undi ialah di Pahang Tua, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan), Sekolah Ahmad Pekan dan beberapa lagi lokasi lain", kata beliau ketika dihubungi. Beliau terpanggil untuk membuat pengakuan ini kerana menyedari dirinya telah "berdosa dan khianat" kepada rakyat. - Pahangdaily.
Dengan bukti 'pengundi klon' yang DPPM bongkar dan diakui oleh SPR sendiri sebelum ni, memang nama-nama macam tu sedia untuk digunakan oleh pengundi hantu. Ditambah pulak dengan sikit kerjasama petugas SPR dalam bilik mengundi yang memang majoritinya adalah orang kuat Umno, kerja CELAKA macam tu lebih bertambah mudah untuk dilakukan.
Jadinya aku sangat-sangat tak heran kalau Umno BN melalui 'si anjing Umno' gunakan bermacam-macam alasan untuk takmau laksanakan penggunaan dakwat kekal termasuk sampai tahap bagi alasan bangang macam alasan BANGANG tahap tinggi oleh Peguam Negara.
Memang la tak mustahil dakwat kekal tu pun sebenarnya tak kekal tara mana sangat, tapi sekurang-kurangnya dengan penggunaan dakwat kekal tu akan lebih memayahkan puak-puak celaka tu untuk buat aksi CELAKA mengundi banyak kali.
Isu yang paling penting sekarang n, macamana cara untuk aktivis Pakatan Rakyat mengurangkan aksi CELAKA macam tu kalaupun tak boleh banteras terus.
Takdak lain melainkan setiap PACA yang akan bertugas di bilik mengundi betul-betul hadam senarai Daftar pemilih bilik mengundi berkenaan. Dia sepatutnya kena kenalpasti setiap nama pengundi tu terutama sekali nama-nama yang disyakki sebagai 'pengundi hantu'.
Selain dari tu, petugas PACA tu sendiri kena dipilih dari kalangan orang yang garang, tegas, bengkeng, gedebe dan yang sewaktu dengannya. Dan depa-depa tu kena tunjukkan sifat garang, tegas, bengkeng, gedebe dan yang sewaktu dengannya masa jalankan tugas, biar sampai bakal 'pengundi hantu' takut nak buat aksi CELAKA mengundi banyak kali macam tu.
Dan yang paling penting sekali, semua petugas PACA kena faham dan tau undang-undang berkaitan pengundian, biar kalau boleh depa lagi cekap dari Ketua Tempat Mengundi. Biar sampai Ketua Tempat Mengundi tak berani buat keputusan tanpa persetujuan petugas PACA kita.
Jabatann pilihanraya peringkat pusat dan negeri pulak perlu ada satu pasukan khas untuk kaji undang-undang pilihanraya untuk tengok kat mana ruang dan lompong yang ada yang mungkin dimanipulasi oleh pihak lawan dan dalam masa yang sama tengok mana ruang dan lompong yang ada yang mungkin boleh petugas PACA kita guna untuk kelebihan kita.
Berkaitan
Ni bukti senarai nama pengundi hantu di Perak
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis