Malaysiakini melaporkan:
Kekeliruan di kalangan petugas misi Malaysia sebelum ini menyebabkan ramai pelajar tidak dapat mendaftar sebagai pengundi pos, Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) diberitahu hari ini.Kenyataan yang menggambarkan betapa BANGANGnya SPR. SPR jadi BANGANG sampai macam tu sebab ada pengerusi yang BANGANG yang lebih sibuk nak jadi penchachai kepada Umno BN dari betul-betul buat kerja sebagai pihak yang menguruskan pilihanraya secara adil dan telus untuk semua warganegara Malaysia.
Perkara itu didedahkan oleh setiausaha penyelidikan SPR, Harun Che Su ketika disoal oleh anggota PSC dalam pendengaran awam kedua yang berlangsung di bangunan parlimen hari ini.
Isu berkenaan timbul apabila SPR diminta menjelaskan mengenai pendedahan seorang saksi hari ini yang gagal untuk mendaftar sebagai pengundi pos ketika menuntut di United Kingdom pada 2007.
Saksi berkenaan, Shaun Tan berkata, pegawai konsular telah menyatakan kepadanya bahawa beliau tidak layak mendaftar sebagai pengundi pos kerana beliau bukan seorang penjawat awam. - Mkini.
Benda yang paling asas dalam pilihanraya adalah daftar Pemilih, kalau masih ada warganegara yang dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan layak mengundi pun dinafikan hak untuk mendaftar sebagai pengundi memang tak salah la kalau orang tak percaya kepada SPR.
Mungkin ada dari kalangan yang BANGANG yang akan kata tak sepatutnya Pengerusi SPR dibangangkan dalam isu remeh ni. Maasalahnya pasai apa pulak tak boleh. Isu ni bukannya isu baru malah dah beberapa kali keluar dalam berita yang sepatutnya Pengerusi SPR sendiri peka dengan isu ni. Kalau betul Pengerusi SPR peka dan tak BANGANG tentu dia akan pastikan isu ni diselesaikan bila mula timbul hari tu lagi.
SPR nampak lebih BANGANG lagi bila Malaysiakini melaporkan:
Jawapannya itu mengundang komen daripada seorang lagi anggota PSC, Dr Hatta Ramli yang membangkitkan bahawa hanya dua orang pengundi pos dikesan daripada sejumlah warga Malaysia yang berada di Mesir.Aku harap sangat angka yang Dr. Hatta bagi tu tak tepat pasainya kalau betul macam tu menunjukkan yang ramai sangat yang BANGANG yang ada sangkut paut samada secara langsung ataupun tak langsung.
"Itu pun bukan pelajar (yang jadi pengundi pos). Hanya duta dan timbalan duta sahaja," tambah ahli parlimen Kuala Krai itu lagi yang menyifatkannya sebagai tidak munasabah. - Mkini.
Aku yakin ramai sebenarnya penuntut Malaysia di Mesir yang dah daftar sebagai pengundi tapi masalahnya kakitangan kedutaan yang ada di Mesir tu memang BANGANG. BANGANGnya depa tu sebab Pengerusi SPR yang BANGANG yang tak ambil berat bab yang penting macam tu.
Masa pendengaran awam tu juga, Malaysiakini melaporkan:
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) mencadangkan supaya pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - termasuk pengerusi dan timbalan pengerusinya - dilantik oleh jawatankuasa parlimen.Cadangan macam tu boleh setakat cadang saja la, memang la tu cadangan yang terbaik tapi dah tentu punya Najib tak berani dan tak sanggup nak laksanakan pasai cadangan tu cuma baik untuk rakyat Malaysia tapi sangat-sangat merugikan Umno BN. Memang BANGANG sangat la Najib kalau berani ikut cadangan tu, memang mencari maut la jawabnya...
Ahli jawatankuasa Proham, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata langkah itu perlu bagi membolehkan SPR dilihat lebih bebas dan berintegriti. - Mkini.
Berkaitan:
SPR lantik pegawai Wisma Putra penolong pendaftar pemilih
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis