Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 25 Nov: PAS akan menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam perhimpunan Bersih 3.0 bagi meneruskan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang belum dilaksanakan kerajaan.Nampak gayanya, confirm Bersih 3.0 akan diadakan sebelum PRU13, cuma tarikhnya saja yang belum ditentukan lagi.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, bagi menuju ke arah itu, PAS akan dan memulakan siri penerangan dan menggerakkan ahli di seluruh negara.
"PAS menyokong keputusan Bersih untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 memandangkan lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir langsung tidak diendahkan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Mohamad bagaimanapun berkata, selain PAS, dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP membuat kenyataan umum menyokong Bersih 3.0.
"Daripada kenyataan umum, Pakatan bersetuju untuk bersama-sama Bersih 3.0," katanya yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat.
Bagaimanapun, PAS katanya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Bersih yang disertai gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dari segi tarikh dan perjalanan perhimpunan.
"Tarikh yang sesuai, tempat perhimpunan semuanya kami serah kepada NGO Bersih sepenuhnya untuk menentukannya," katanya sambil menambah, pengerusi 3.0 adalah daripada NGO sendiri. - Hrkh.
Memang patut sangat BERSIH 3.0 dilancarkan skarang, terutama sekali dalam keadaan Umno BN berusaha nak haramkan terus demonstrasi jalanan melalui rang undang-undang yang akan dibahaskan di parlimen Selasa depan.
BERSIH 3.0 nanti bukan saja meneruskan 8 tuntutan BERSIH 2.0 tapi dalam masa yang sama adalah bantahan atau mungkin sesuai aku gunakan istilah 'perang' ke atas rang undang-undang zalim tu.
Najib Rosmah berusaha nak mekap undang-undang perhimpunan aman tu:
Undang-undang ini bersifat revolutionary dan lompatan berganda berbanding undang-undang sedia ada.
"Kita sedar betapa murni pun niat kerajaan, pembangkang tetap dan sudah pun memukul canang bagi memburuk-burukkan undang-undang baru yang ingin kita bentang ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Jelas Najib, di bawah rang undang-undang baru itu nanti, pihak polis yang selama ini bertindak sebagai penentu izin akan berubah peranan menjadi pengawal selia serta pemudah cara dengan ruang lingkup tanggungjawab lebih luas.
Serentak dengan itu katanya, keperluan untuk lesen bagi sesuatu perhimpunan serta hukuman penjara akan dihapuskan dan yang kekal hanya hukuman denda bagi mereka yang masih berdegil melanggar undang-undang. - Utusan.
Muhyiddin Yasin juga berusaha nak mekap undang-undang perhimpunan aman tu kononnya sebagai
satu lagi manifestasi kesungguhan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk membawa transformasi politik secara holistik. - Utusan.Mat Sabu pula anggap rang undang-undang menggambarkan yang Malaysia akan jadi macam Myanmar
Malaysia katanya seolah-olah sedang menggantikan tempat Myanmar dari segi halangan untuk rakyat bersuara.
"Perdana Menteri berbohong untuk bawa Malaysia ke arah demokrasi.
"Myanmar yang kebebasan bersuaranya teruk mengenakan lima hari sahaja untuk mengeluarkan notis berhimpun tapi Malaysia kena bagitahu 30 hari awal.
"Rang Undang-Undang ini menghina rakyat Malaysia," katanya. - Ibid.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis