Pemuda PAS terbitkan filem 'Gua Ikut Enta' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 24, 2011

Pemuda PAS terbitkan filem 'Gua Ikut Enta'


Dewan Pemuda PAS Pusat mencipta sejarah bila pertama kali menerbitkan satu filem pendek bertajuk "Gua Ikut Enta The Movie". Teaser untuk filem pendek tu pertama kali ditayangkan kepada umum masa program persidangan ICT PAS hari Sabtu lepas.

Filem pendek tu yang diterbitkan oleh Dewan pemuda PAS Malaysia Production tu katanya dibuat dengan tujuan untuk promosi program Ijtima' Terbawi anjuran DPPM yang akan diadakan pada 28, 29 dan 30 oktober depan.
 
Filem pendek tu menampilkan lakonan pimpinan Pemuda PAS Pusat termasuk Ust Nik Abduh dan Ust Ridzuan Mohd Nor. Katanya akan ada penampilan istimewa Ust Azhar Idrus.

Kalau tengok teaser filem pendek tu macam kat bawah ni, nampak macam menarik, cuma sekejap sangat, tak sampai seminit pun.

Apa pun, memang sejarah la. Pemuda Umno pun tak pernah terbitkan filem tapi Pemuda PAS Malaysia pulak berani laksanakan idea kreatif macam ni. Bukan setakat buat filem pendek, siap berlakun lagi.




Kalau teringin nak tengok nak kena tunggu la, kalau tak silap aku katanya filem pendek ni akan ditayangkan di internet pada 24, 26 dan 27 Oktober. Kat mana ditayangkan tak pulak dibagitau, tapi aku rasa besar kemungkinan akan ditayangkan melalui webTVPas.

Takkan pulak akan ditayangkan kat TV, tunggu lepas PRU13 la kut baru ada harapan. Apa pun, nantikan hebahan lanjut.

Memang patut sangat semua ahli Dewan pemuda PAS ramai-ramai turun menjayakan program tarbiah 3 hari 3 malam tu. Walaupun mungkin kebanyakkan jentera pemuda dah mjula sibuk dengan kerja-kerja pilihanraya tapi program tarbiah macam tu tak boleh ditinggalkan. Dan memang pun tarbiah amat-amat penting untuk membertuk diri jadi petugas yang lebih baik.

Jadinya, aku pun nak tolong promosi jugak program tu macam flyer kat sebelah, walaupun hampir pasti aku sendiri akan ponteng. Taktau la pulak pulak kalau filem pendek ni boleh ubah keputusan aku untuk ponteng program tu...

Tentatif program 3 hari tu boleh tengok kat sini.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...