Reaktor UIAM pun taraf kangkong jugak? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Oktober 23, 2011

Reaktor UIAM pun taraf kangkong jugak?


Selangorkini melaporkan:  
Peguam yang mewakili Prof Abdul Aziz Bari berkata kenyataan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin berkaitan penggantungan perkhidmatan pensyarah undang-undang itu selama tujuh hari dan bahawa beliau bebas masuk ke dalam premis UIAM adalah tidak tepat.
   
Sebaliknya, kata peguam Dr Zulqarnain Lukman, berdasar surat tunjuk sebab dari UIA, adalah jelas bahawa penggantungan perkhidmatan Prof Aziz Baru adalah berkuatkuasa serta merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya dalam tempoh tujuh hari lapor Malaysiakini. - Selangorkini.
Takkan kut Reaktor UIAM yang berpangkat Prof boleh tak faham notis yang UIAM sendiri keluarkan. Tapi takkan pulak dia nak tipu seluruh rakyat Malaysia dengan buat kenyataan macam tu.

Sebelum ni reaktor UIAM tu dilaporkan berkata:
Penggantungan khidmat Pensyarah Undang-Undang Universiti IslamAntarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari bukan sebagai satu hukuman namun sebaliknya sekadar tempoh untuk beliau memberi tunjuk sebab berhubung kenyataannya mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin berkata, penggantungan khidmat Abdul Aziz selama tujuh hari berkuat kuasa pada 19 sehingga 25 Oktober ini adalah penggantungan bergaji penuh.

"Kami membuat penggantungan itu dengan alasan untuk melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu,"katanya pada sidang media di UIAM di sini, Jumaat. - Ibid.
Masalahnya, kalau tengok dua kenyataa tu, nampak jelas tentu salah satu pihak menipu. Kalau ikut persepsinya memang jelas sangat Prof tu yang menipu, takkan la peguam Dr. Aziz Bari pulak nak menipu, kejadah apa dia nak menipu benda macam tu, dah sah-sah nanti tak menang kalau masuk mahkamah.

Apa lah malangnya nasib Malaysia, sebelum ni kita dikejutkan dengan kenyataan dari seorang prof kangkung yang kata Tanah Melayu sebenarnya tak pernah dijajah. Kali ni lebih teruk lagi, seorang reaktor universiti pulak pulak menipu, tipu terang-terang pulak tu. Takkan prof ni pun standard kangkung jugak?

Takkan kut pasai takut sangat sebab kena tekan sampai sanggup menipu yang akhirnya memalukan diri sendiri. Memang CELAKA la puak-puak penchachai Umno yang tekan UIAM ni, depa punya pasai la sampai reaktor universiti pun terpaksa membenarkan diri diperkuda.

Selangorkini juga melaporkan:
Menurutnya, tempoh tujuh hari yang dinyatakan Rektor UIA itu adalah merujuk kepada tempoh menjawab surat tunjuk sebab, bukan tempoh penggantungan. Tempoh penggantungan tidak ditetapkan, ertinya sepanjang yang mungkin selagi tidak ditamatkan secara rasmi oleh UIAM.

“Begitu juga bahawa adalah jelas anakguam tidak dibenarkan masuk ke premis universiti atau berhubung dengan mana-mana staf UIAM melainkan terdapat kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-Undang.

“Jika benar terdapat sebarang perubahan kepada notis yang diberikan kepada anakguam, seharusnya pihak universiti mengeluarkan notis baru membatalkan kandungan notis bertarikh 19/10/2011 ini.’ - Ibid. 
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...