Gambaran betapa berjayanya himpunan Bersih 2.0 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Oktober 07, 2011

Gambaran betapa berjayanya himpunan Bersih 2.0

Bharian melaporkan:  
SEBANYAK 226 gas pemedih mata jenis Tear Smoke Shell (TS Shell) dan 36 gas pemedih mata jenis Tear Smoke Grane (TS Granade) dilepaskan bagi menyuraikan penunjuk perasaan pada perhimpunan haram BERSIH, 9 Julai lalu.
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kos bagi gas pemedih mata TS Shell adalah RM79.76 sebutir, manakala kos TS Grenade pula RM135 sebutir.
“Jumlah peserta perhimpunan haram BERSIH yang ditahan adalah seramai 1,509 orang dengan 1,412 daripadanya adalah lelaki, manakala 97 lagi wanita.
“Daripada jumlah itu, seramai 1,435 adalah Melayu, 21 (Cina), 29 (India) dan 24 lagi lain-lain keturunan,” katanya dalam jawapan bertulis, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai bilangan gas pemedih mata yang dilepaskan dan jumlah mereka yang ditahan ketika perhimpunan haram berkenaan.

Hishammuddin berkata, mengikut pecahan usia pula, seramai 761 yang ditahan berumur antara 11 hingga 35 tahun, 645 berumur antara 36 hingga 60 tahun, manakala 103 lagi berumur 61 tahun ke atas. - Bharian.
Aku cukup seronok bila tengok pecahan yang kena tangkap tu berdasarkan umur. Hampir separuh yang ditangkap tu berumur di bawah 35 tahun (49.2%). Maknanya bukan setakat golongan muda ramai yang turun masa himpunan tu tapi yang kena tangkap pun hampir setengah orang muda.

Dalam keadaan realiti orang muda tak ramai turun ke program ceramah politik, tambah-tambah lagi la program ceramah agama di masjid dan surau tapi depa turun beramai-ramai masa himpunan Bersih 2.0 tu.

Dalam keadaan Umno BN pulak melalui jentera kerajaan terutama sekali media dan polis, bersungguh-sungguh nak menggagalkan himpunan tu tapi Bersih 2.0 masih mampu himpun ada yang kata lebih 100 ribu.

Kalau peratus tu boleh dijadikan anggaran maknanya kalau lebih 100,000 hadir, lebih 50,000 orang pemuda berumur di bawah 35 tahun turun hari Sabtu 9 Julai tu.

Aku sangat-sangat yakin golongan muda tu sangat-sangat tak puas hati bila Maximus Onkili bagi alasan CELAKA pasaiapa takmau dakwa anggota polis yang bertindak ganas depan depa yang menyertai himpunan Bersih 2.0 tu.

Agak-agak kalau jadi himpunan Bersih 3.0 nanti, berapa kali ganda pulak dari angka tu yang akan turun. Kalau takdak larangan bertindak balas kalau polis mengganas lagi, aku taktau apa yang akan terjadi nanti...

Sebelum ni Harakahdaily ada melaporkan:
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 juta bagi menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Menurut beliau, untuk tujuan itu juga sejumlah 11,046 pegawai dan anggota polis terlibat mengawal keselamatan di Lembah Klang termasuk 2,600 yang dikerah untuk siap sedia di kontinjen-kontinjen seluruh negara untuk dipanggil jika keadaan memerlukan.

"Pihak PDRM terpaksa membuat persiapan rapi yang memerlukan perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik lain.

"Kos keseluruhan yang dibelanja oleh PDRM bagi menangani perhimpunan tersebut adalah sebanyak RM2,018,850.06," katanya.

Teresa dalam soalannya meminta Hishamuddin menyatakan bilangan anggota polis yang dikerah untuk bertugas di Lembah Klang pada 6 hingga 9 Julai 2011.

Beliau juga menanyakkan jumlah elaun yang dibayar kepada mereka untuk bertugas dan perbelanjaan sepanjang operasi menghentikan perhimpunan aman Bersih 2.0.

Pada 9 Julai lalu, Bersih atau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, yang turut disokong parti politik pembangkang dan lebih 60 NGO telah berjaya menghimpunkan hampir 100,000 rakyat berkumpul di ibu negara biarpun berdepan halangan pihak berkuasa sejak awal pengumuman mereka.

Selain mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram, mereka yang memakai baju kuning berlogo bersih juga ditangkap.

Selain itu polis juga turut menghalang sebarang bentuk program termasuk ceramah yang melibatkan himpunan tersebut.

Selain halangan tersebut, kerajaan juga turut menggunakan seluruh media milik mereka menggambarkan Bersih 2.0 sebagai ganas dan merbahaya.

Ianya juga menyaksikan semua jalan utama menuju ke ibu negara Kuala Lumpur dikunci setiap penjuru pada tarikh 9 Julai itu. - Hrkh.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...