Kalau Dr. Aziz Bari salah, Dr. Mahathir lagi awal patut disalahkan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 15, 2011

Kalau Dr. Aziz Bari salah, Dr. Mahathir lagi awal patut disalahkan

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 14 Okt — Pakar perlembagaan Prof Dr. Abdul Aziz Bari menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung laporan yang dibuat, mendakwa beliau mempertikaikan titah Sultan Selangor dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, semua orang mempunyai hak untuk membuat laporan polis jika tidak berpuas hati terhadap tindakan mana-mana pihak dan polis juga berhak melakukan tugas mereka.

“Hak orang nak buat laporan polis... saya tak boleh kata apa... terpulang kepada polis untuk ambil tindakan,” katanya dipetik Harakahdaily hari ini mengulas lima laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Satu laporan dibuat oleh bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor manakala empat lagi oleh NGO yang kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Dalam laporan masing-masing, mereka mendakwa Aziz (gambar) tidak sepatunya mengeluarkan kenyataan itu kerana kuasa Sultan dalam hal ehwal Islam termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri. - TMI.

Makanya sekali lagi 'pejuang bangsa' melalak. Kalau sebelum ni depa melalak pasai kononnya Mat Sabu sokong pengganas komunis kali ni depa melalak pulak pasai kononnya Dr. Aziz Bari menghina sultan Selangor.

Sebagai seorang 'pakar perlembagaan' yang terkandung dalam tu bab kuasa sultan atau raja tentu Dr. Aziz Bari ada pandangan dan pemahaman sendiri pasai tu. Tepat atau tak pandangan dia tu bergantung pulak kepada kefahaman dan pandangan orang yang menilai. Benda macam ni bukan ada skima jawapan macam peperiksaan. Tambah-tambah pulak malaysia takdak mahkamah perlembagaan.

Tapi kalau ada mahkamah perlembagaan pun aku tak yakin masalah tafsiran ni boleh selesai, pasainya dah tentu mahkamah tu pun akan diperkuda Umno BN dan PR tentu tak sekali payah nak bersetuju.

Yang jadi tambah masalah bila orang politik yang menilai isu ni, tentu punya perkiraan utama adalah 'political mileage'. Tak kira la belah mana pun, BN atau PR, lebih kurang sama ja. Memang kerja orang politik utuk mempolitik apa juga isu untuk keuntungan politik puak dia.

Pasai tu jugak, memang tak heran la bila Ezam yng nama dia semakin tenggelam, gunakan isu ni untuk tonjolkan balik nama dia. Harap-harap Najib akan teringat nama dia masa tentukan senarai calon Umno untuk PRU13 nanti.

Apa pun, pada aku, Umno sebenarnya dah hilang hak untuk mempertahankan pendapat dan tingkahlaku raja, pasainya depa dah pernah buat lebih teruk satu masa dulu, dan sampai sekarang Umno tak pernah kata tindakan Umno tahun 1993 masa Dr. Mahathir jadi Presiden Umno melondeh salahlaku para sultan dan raja sebagai tindakan biadap.

Apa sangat kenyataan Dr. Aziz Bari tu kalau nak dibandingkan dengan kenyataan secara berpasukan pemimpin Umno masa tu. Siap buat roadshow lagi.

   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...