PETALING JAYA: Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tidak akan menjadi Menteri Besar sekalipun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan Perak dalam Pilihan Raya Umum ke 13.Blog PASPB menyebut:
“Saya mendengar dari sumber dalaman Umno bahawa wujudnya komplot untuk memastikan Zambry tidak menduduki kerusi Menteri Besar.
“Ini kerana ramai di dalam Umno tidak gembira dengan tindakan beliau memberikan tanah seluas 60,000 ekar kepada kroni pada harga RM375,” dakwa ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham sambil menambah, beliau sepatutnya mendedahkan siapa yang menerima tanah tersebut.
Ngeh berkata demikian ketika diminta komen berkenaan kenyataan Zambry awal bulan ini bahawa tiada kawasan hitam wujud untuk BN.
Justeru, menurut beliau, Zambry mesti mendedahkan senarai penerima tanah yang bernilai RM1.26 bilion itu namun sehingga kini beliau enggan berbuat demikian. - FMT.
Antara nama-nama yang disebut adalah Hamidah Osman, Zainol Fadzi Paharuddin, Raja Ahmad Zainuddin dan Ramly Zahari.Antara 4 orang tu, yang paling ke depan adalah Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat. Sebagai Exco kanan, memang sepatutnya pun dia dipilih kalau Zambry 'eee' Kadir perlu diganti. Kalau betul Hamidah berjaya jadi MB lepas PRU13 maknanya dia jadi MB wanita yang pertama.
Keempat-empat nama tersebut dikatakan rapat dengan Najib terutamanya Hamidah, ADUN Sungai Rapat. - PASPB
Kalau temgok gambar kat atas tu, memang hebat Makcik Midah ni, ular pun selamba ja dia pegang. Silap-silap Zambry 'eee' Kadir pun tak berani macam dia.
Kalau betul Makcik Midah jadi MB, menarik jugak. Tentu keadaan politik akan jadi lebih meriah dengan pengalaman baru politik Perak bermenteri besarkan seorang wanita. Orang macam Makcik Midah pulak tu, tentu punya lagi banyak kontroversi yang akan timbul.
Apa pun, depa jangan lupa. Ada seorang lagi calon Menteri Besar yang tak kurang hebatnya. Kalau dia tak hebat takkan pemimpin tertinggi pi jumpa dia dan tawarkan dia jadi MB.
Kalau tak percaya, hangpa tengok video kat bawah ni. Takkan Ustaz pun nak tipu kot.
Apa pun, cerita berebut ni memang gembira untuk Pakatan Rakyat Perak. Selagi Umno bercakaran sesama sendiri selagi itulah peluang Pakatan Rakyat nak rampas balik Perak akan terbuka luas.
Puak-puak Umno ni kalau bermusuhan sesama sendiri memang depa main cantas sungguh, memang depa sabotaj sungguh.
Umno punya cara memang lain macam sikit, depa berlawan nak jadi paling hebat dengan cara menjadikan lawan lebih teruk dan dalam masa yang sama ampu orang yang lagi atas dan perburuk musuh politik depa. Jarang sangat berlawan nak perbaiki diri jadi lebih baik.
Masa tu memang banyak rahsia pemimpin politik Umno berkenaan yang akan bocor, tak payah saraf kita teruk-teruk selidik, depa sendiri nanti akan cari kita, cerita macam-macam. Kita tinggal kumpul jentera untuk gempur saja lagi. Tu pun kalau kita cukup bersedia. Kalau kita pun jentera masih caca-merba tak payah la bermimpi nak rampas Perak balik, jadi la pembangkang lagi sampai kiamat.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis