KEPALA BATAS, 2 Sept: Perbezaaan pandangan berhubung perlaksanaan undang-undang Islam khususnya hudud tidak bermakna DAP putus kerjasama dengan PAS.Kesian kat Umno BN. Nampak gayanya depa terpaksa berpuashati setakat tu saja la. Kalau depa mengharapkan Pakatan Rakyat berpecah patas isu hudud, depa memang patut berasa kecewa. Jelasnya PAS dan DAP masih tetap setia dengan Pakatan Rakyat walaupun jelas berbeza pendapat berkenaan dengan hudud.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, DAP tetap akan bekerjasama dengan PAS kerana masih banyak persamaan dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat khususnya melawan BN.
Bercakap sewaktu menyampaikan pidato di program rapat umum sempena Kongres 60 Tahun PAS di sini malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga secara tegas menyatakan mereka juga tidak akan bersama Umno biarpun Umno juga sama pendirian dengan DAP menolak perlaksanaan hudud.
"Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama.
"Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin. - Hrkh.
Terima kasih kepada Anwar Ibrahim dan PKR pasai sanggup sokong PAS dalam isu hudud. Tak penting depa sokong hudud tu atas perkiraan agama atau perkiraan politik, tapi dengan sokongan tu peluru Umno tak cukup power.
Setakat DAP tak sokong hudud memang sapa pun tak heran, malah rakyat malaysia akan heran kalau tiba-tiba DAP boleh sokong hudud. Tapi kalau Anwar dan PKR ambik pendirian macam Umno kononnya atas dasar 'maqasid syariyah' tak setuju hudud dijalankan, mungkin Pakatan Rakyat akan berkubur.
Yang paling vokal isu hudud ni dalam DAP pun cuma Karpal Singh sorang ja setakat ni. Aku nampak kenyataan Guan Eng tu cuma atas kapasiti dia sebagai Setiausaha Agung DAP. Kalau kenyataan dia secara peribadi mungkin tak sekeras tu. Aku tak heran langsung kalau Guan Eng boleh setuju dengan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan lepas PRU13 nanti. Tambah-tambah pulak kalau masa tu tokoh veteran DAP macam Karpal Singh, Lim kit Sing dan Tan Seng Giaw dah takdak dalam DAP.
Apa pun, MalaysianInsider melapurkan:
KUALA LUMPUR, 2 Okt – DAP tidak ada sebarang masalah dengan PAS dalam kebanyakan isu besar kecuali soal hukum hudud, kata Pengerusinya Karpal Singh hari ini.
“Kami tiada apa-apa (sebab) untuk menentang PAS. Dalam isu-isu besar, kami memiliki pendirian yang sama.
“Tetapi kami mendapati pendirian PAS tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau pada satu sidang media di George Town hari ini.
Karpal juga berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bahawa parti itu telah bersetuju pada dasarnya dalam soal pelaksanaan undang-undang hudud yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu masing-masing pada 1999 dan 2003.
“Kami tidak bersetuju pada dasarnya berhubung perundangan (hudud),” kata beliau dipetik Star Online hari ini.
Karpal berkata pemimpin-pemimpin DAP telah membuat pendirian yang jelas pada satu mesyuarat Pakatan Rakyat Rabu lalu bahawa hukum hudud tidak seiring dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mengenai ketidakhadiran beliau pada majlis sambutan 60 tahun PAS di Kepala Batas semalam, Karpal berkata, beliau tidak hadir sebab kurang sihat.
“Saya telah memaklumkan ibu pejabat bahawa saya tidak dapat hadir majlis (semalam),” kata Karpal sambil menambah, beliau bukan dengan sengaja cuba mengelak majlis itu. - TMI.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis