Beza ayat alasan PAS dengan PKR isu HIMPUN | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 20, 2011

Beza ayat alasan PAS dengan PKR isu HIMPUN


mStar melaporkan:  
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang dan juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa PKR tidak akan mengambil bahagian dalam 'Perhimpunan Sejuta Umat' yang dijadualkan berlangsung di Shah Alam pada Sabtu ini.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan berkenaan dibuat kerana tidak mahu penyertaan parti itu akan dimanipulasi oleh pihak tertentu demi kepentingan politik.

"Kita tidak akan bersama dalam perhimpunan itu. PKR mengambil sikap untuk tidak menyertai perhimpunan itu.

"Apatah lagi ada kebimbangan dan kecurigaan yang dibangkitkan pelbagai pihak tentang kemungkinan diperalatkan oleh pihak tertentu yang berkaitan dengan Umno," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Selain itu Anwar berkata, PKR juga tidak mahu diheret dalam isu ketegangan agama dan kaum kesan daripada perhimpunan itu nanti.

"Kita tidak mahu diperalatkan untuk menimbulkan keresahan antara agama dan kaum," katanya.

Namun pada masa yang sama, Ketua Pembangkang itu berkata, PKR tetap berpendirian bahawa isu berkaitan akidah umat Islam perlu terus dipertahankan.

"Dari segi keperluan menjaga akidah dan meningkatkan dakwah perlu kita tingkatkan.

"Saya juga merasakan tanggungjawab untuk membetulkan akidah dan tingkatkan sahsiah yang baik harus diteruskan," katanya. - mStar.
Bandingkan pulak dengan alasan dari PAS.

Harakahdaily sebelum tu melaporkan:
PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.

PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.

Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.

PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS - Ibid.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...