Apa rasionalnya Himpunan Sejuta Ummat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 19, 2011

Apa rasionalnya Himpunan Sejuta Ummat?

Harakahdaily melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.

Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.

Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.

“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily. - Hrkh.
Aku tak nampak apa rasionalnya himpunan tu dinamakan sebagai "Himpunan Sejuta Ummat" padahal penganjur cuma mensasarkan kehadiran 100,000 orang saja. Tu pun aku tak rasa boleh dicapai terutama sekali selepas PAS Pusat ambil keputusan tak sokong himpunan tu. PKR pun ikut pendirian PAS jugak, takkan sertai HIMPUN.

Lagi pun aku tak rasa himpunan semacam tu sesuai dalam keadaan semasa hari ni. Ada banyak lagi benda lain yang perlu kita selesaikan dan sepatutnya 'aksi tunjuuk kuasa' macam tu kita buat bila kita dah selesaikan masalah cacamerba dalam pengurusan agama Islam dalam negara kita ni..

Dr. Mujahid dalam blog dia menggariskan apa yang dia  khuatir:
1. Perhimpunan ini diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di neagra ini.

2. Perhimpunan ini dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.

3. Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan.

4. Dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain.

5. Tema memelihara aqidah tidak salah tetapi apakah dengan sekadar perhimpunan akan selesaikan masalah, bukankah dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu isu sensitif yang lain? - Mujahid Rawa.
MalaysianInsider pula melaporkan:
KUALA LUMPUR, 19 Okt — Pemimpin-pemimpin Kristian menganggap perjuangan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) pada Sabtu ini, yang mahu membincangkan isu khusus mengenai murtad, sebagai perhimpunan yang tidak relevan dan berharap kumpulan itu tidak akan memprovokasi ketegangan agama.

Pemimpin-pemimpin itu mengingatkan penganjur bahawa tindakan mereka boleh mencetuskan suasana tidak selesa antara komuniti berlainan agama, sekali gus merenggang hubungan masyarakat Muslim dan Kristian dan menjejaskan usaha diambil kerajaan dan pemimpin-pemimpin agama bagi mempromosikan persefahaman dan keharmonian.

“Saya fikir ia (usaha) yang tidak perlu sebab setiap orang tahu bahawa tiada bukti kukuh mengenai kes murtad,” kata Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship Rev Dr Eu Hong Seng (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Eu menekankan Sultan Selangor sudah pun bertitah bahawa tiada bukti kukuh mengenai tuduhan murtad dalam insiden kontroversi membabitkan Gereja Methodist Damansara pada 3 Ogos lalu.

“Tiada bukti berkenaan kes murtad, tiada (persekitaran) untuk mengatakan bahawa ada orang yang menyasarkan mana-mana kumpulan tertentu. - TMI.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...