Belanjawan 2012 yang Najib bentang langsung tak mesra IT | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 08, 2011

Belanjawan 2012 yang Najib bentang langsung tak mesra IT

Oleh Amanz

Seperti sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia, iaitu Najib Razak telah pun mengumumkan belanjawan 2012 sebentar tadi, yang mana telah dipecahkan kepada beberapa bahagian. Namun begitu, amat mendukacitakan komuniti IT dan teknologi tempatan, apabila belanjawan untuk tahun 2012 seperti tidak memfokuskan kepada sektor tersebut.

Melalui intipati Belanjawan 2012 yang diperlihatkan, ia menunjukkan tiada sebarang pengumuman yang menarik untuk dunia dan sektor IT tempatan, berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Perkara ini mungkin agak mendukacitakan, apatah lagi sektor ini kini sedang meningkat dengan pesat dan merupakan antara sektor utama yang perlu diberi perhatian.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Belanjawan 2010 dan juga Belanjawan 2011 telah memfokuskan kepada sektor IT tempatan. Sepanjang tahun lepas juga, pelbagai gergasi internet telah memasuki arena Malaysia, dimana Google Malaysia mula membuka pejabat, selain BlackBerry yang turut sama menambah kilang pengeluaran di Pulau Pinang.

Kita juga dapat melihat kesan positif daripada pengurangan cukai telefon pintar, dimana HTC, Samsung dan beberapa syarikat lain turut mengutamakan pasaran tempatan, dan melancarkan peranti mereka di Malaysia lebih pantas daripada negara-negara lain hasil kerjasama bersama beberapa syarikat telekomunikasi tempatan. Harga jualan juga agak kompetitif berbanding pasaran negara lain.

Bagi Belanjawan 2012, masih terdapat beberapa yang masih boleh digunakan bersama oleh sektor teknologi, tetapi masih kurang, dan tidak seperti tahun-tahun lepas. Mungkinkah ia akan memberi kesan kepada perkembangan teknologi tempatan?

Sumber: Amanz

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...