Aku setuju yang Kelantan tak serius nak laksanakan hudud | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Oktober 07, 2011

Aku setuju yang Kelantan tak serius nak laksanakan hudud

Utusan melaporkan:  
KOTA BHARU 6 Okt. - Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad menegur kerajaan Pas Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangan kepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannya hampir 20 tahun lalu.

Daud berkata, kempen dan pendidikan berterusan kepada rakyat mengenai hudud sepatutnya dilakukan tanpa henti sejak Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan pada tahun 1993 lagi.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya hanya lantang bercakap mengenainya pada waktu-waktu tertentu sahaja kerana ia boleh menimbulkan keraguan niat sebenar kerajaan dalam melaksanakan hudud.

"Kerajaan mungkin mengambil masa pada peringkat awal. Namun supaya benda ini tidak berlaku pertikaian atau pertentangan, eloklah beri penerangan dan penjelasan, tapi ini pun satu hal kerana dari 1993 sampai sekarang kita tidak dakwah betul-betul pun pasal hudud ini, tidak ada. - Utusan.
Pertama sekali saja aku kopipes laporan dari utusan. Harus barang diingat bila baca berita Utusan ni, kena set dalam kepala ada kemungkinan yang sangat besar laporan berita tu tak tepat atau diputar kalau pun mungkin bukan fitnah. Yang tu memang kena letak siap-siap dalam kepala.

Yang keduanya, seriau atau tak serius tu adalah subjektif. Bagi dia mungkinn tak serius tapi bagi orang lain pulak mungkin serius. Bukan macam nak beli gula buleh timbang berapa kilo nak. Tu pun bergantung jugak, tak semestinya sekilo tu banyak dan tak semestinya sekilo tu sikit, bergantung kepada piawai seseorang.

Yang ketiganya, aku secara peribadi pun bersetuju kalau orang Umno kata PAS tak serius nak laksanakan undang-undang hudud. Keinginan PAS aku tak ragui langsung, memang serius nakkan undang-undang hudud dilaksanakan tapi dari segi tindakan memang nampak tak cukup serius.

Aku tak pasti di Kelantan tapi kat setakat yang aku tengok memang itu persepsi aku.

Aku bagi contoh, cuba try tanya penyokong PAS macamana cara pelaksanaan hukuman hudud yang PAS cadangkan? Aku yakin 9/10 takkan dapat bagi jawapan yang tepat. Malah aku sendiri pun taktau macamana sebenarnya skima jawapan.

Contohnya, kesalahan mencuri, kes macamana yang akan dikenakan hukuman potong tangan. Apa prosedur pelaksanaan undang-undang tu. Sapa yang akan tangkap, macamana dengan bukti dan saksi, macamana pulak cara nak laksanakan hukuman potong tangan tu.

Bukan la maksud aku semuanya secara detail tapi sekurang-kurangnya ada satu dasar umum yang mudah orang paham dan mudah pulak untuk disembangkan oleh orang ramai.

Masalah nak laksanakan hudud sekarang ni bukan nak kata Karpal Singh dan DAP tak faham, pemimpin dan penyokong Umno tak faham tapi masalahnya jentera penerangan PAS sendiri pun terutama sekali di peringkat akar umbi, ramai yang tak boleh nak ulas isu ni.

memang sebagai kerajaan, kerajaan ada hak untuk memaksa undang-undang kepada rakyat, tapi dengan cara demikrasi yang PAS pilih selama ni, cara tu memang tak boleh pakai. Kut mana pun majoriti rakyat kena dibagi kefahaman dulu, dan kesediaan depa nak hudud dilaksanakan memang sangat-sangat penting dalam kaedah demokrasi.

Juga dilaporkan:
Program wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan itu turut dibarisi pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud.

Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takut untuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripada banyak pihak. - Ibid.
MalaysianInsider melaporkan:
KOTA BARU, 7 Okt — Kerajaan PAS Kelantan akan membentuk Jawatankuasa Khas Teknikal bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud daripada aspek teknikal sebelum menguatkuasakan hukum itu di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu berkata jawatankuasa itu perlu kerana pelaksanaan hukum itu membabitkan aspek teknikal walaupun undang-undang syariah melibatkan hudud telah lama diluluskan kerajaan negeri.

“Kita akan menubuhkan jawatankuasa khas teknikal sebelum melaksanakan hukum hudud di Kelantan, dan terpaksa mengambil masa sedikit,” katanya dipetik Bernama Online.

Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II yang melibatkan hukum hudud pada persidangan Dewan Undangan Negeri 1993 dan mendapat sokongan semua anggota, termasuk dua anggota pembangkang Barisan Nasional (BN). - TMI.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...