Tara klip video pun orang tak percaya, kesian Umno... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 15, 2011

Tara klip video pun orang tak percaya, kesian Umno...

Malaysiakini melaporkan:
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak tahu menahu berhubung rakaman perbualan intim yang dimuat di internet dan diperkatakan di blog dan laman web pro-Umno yang mendakwa melibatkannya dan seorang wanita.

mohamad sabu, PAS deputy president"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah dengar," katanya ringkas sambil tersenyum ketika diminta mengulas dakwaan terdapat rakaman antaranya dan wanita yang dikatakan Normah Abdul Halim.

Ditanya sama ada beliau mengenali wanita tersebut, Mohamad (kiri) hanya menjawab beliau tidak beminat melihat rakaman sebegitu.
 
"Video (seks presiden MCA) Soi Lek pun saya tidak tengok.

"Saya video-video macam ini memang tidak pernah suka," katanya, sekali gus mengundang ketawa kecil pemberita.

scandal mat sabu normahPortal pro-BN Agendadaily pada 10 September melaporkan, bekas naib ketua Pemuda PKR Zahid Md Arip mengaku 'begitu teruja' mendengar dengan teliti detik-detik perbualan itu dan mendakwa ia "amat seiras dengan suara Mat Sabu".

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya. - Mkini.   
Sebelum ni macam yang aku tulis kat sini,  ramai yang tak puas hati terutamanya penchachai pandy kutty Umno bila Mat Sabu cuma jawab "no komen" bila ada wartawan bangang tanya berkenaan isu ni masa majlis Jamuan Aidilfitri PAS Pusat hujung minggu lepas.

Memang sesuai sangat Mat Sabu tak layan sangat wartawan yang suka tahan orang merata jalan tak kira tempat tak kira majlis mintak komen. Dan memang sesuai sangat Mat Sabu gunakan pentas sidang media untuk bagi kenyataan pasai isu macam ni.

Dan tentu punya penchachai pandy kutty Umno tak puas hati jugak dengan jawapan Mat Sabu kali ni. Gila apa Mat Sabu nak ikut kehendak depa, mengaku suara dia yang dalam rakaman perbualan tak bermaruah tu.

Walaupun Mat Sabu nampak macam lokloq sikit tapi tapi tak la perangai loklaq macam pemimpin Umno, raba punggung orang. Aku yakin kalau bandingkan pemimpin Umno yang paling baik pun Mat Sabu lagi jauh lebih baik.

Contohnya macam Jamil Khair, menteri yang jaga agama tu. Walaupun baru sangat jadi menteri tapi depa kata mahligai  Jamil Khair ni dah nak macam istana Khair Toyo. Mat Sabu cuma setakat dituduh buat tuntutan palsu tak sampai RM4ribu, tu pun tuduhan palsu, dengar orang kata takmau siasat bagi habih dulu.

Tara video seks yang depa dakwa Anwar Ibrahim tu pun ramai orang Umno tak percaya, inikan pulak takat clip audio, lagi la orang tak percaya. Tara klip video yang nampak macam Anwar tu pun orang pertikai inikan pulak takat klip audio, kualiti teruk pulak tu.

Tu pun puak-puak penchachai pandy kutty Umno kalut jaja rata seluruh negara. Memang dah takdak modai sungguh la Umno ni. Kesian....

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...