SPR bersihkan Daftar Pemilih pasai PAS ujudkan kod cula 'Pengundi Hantu'? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, September 28, 2011

SPR bersihkan Daftar Pemilih pasai PAS ujudkan kod cula 'Pengundi Hantu'?

Malaysiakini melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 69,293 nama daripada rekod pemilih berdaftar antara Julai hingga 15 Sept lalu setelah disahkan meninggal dunia.
 
Selain itu, dalam tempoh berkenaan, SPR juga telah memotong 1,068 nama pemilih berdaftar yang disahkan telah dilucutkan kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam kenyataan media berkata tindakan itu diambil dalam proses semasa pembersihan senarai Daftar Pemilih membabitkan jumlah pemilih berdaftar terkini seramai 12.3 juta orang.

Katanya SPR juga sedang membuat siasatan lanjut terhadap 50,000 nama pemilih berdaftar.

Kamaruddin berkata dalam proses pembersihan itu, SPR membuat semakan rekod pemilih dengan kerjasama JPN, Jabatan Arah rekod dan Pencen (JRP), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya semakan rekod pemilih melalui proses pembersihan Daftar Pemilih adalah secara berterusan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang. - Mkini.
Nampak gayanya bersungguh-sungguh SPR berusaha nak memulihkan imej dengan membersihkan daftar pemilih. Banyak nama yang dibuang dari daftar pemilih dan aku yakin banyak lagi yang akan dibuang lepas ni.

Walaupun Umno BN mungkin tak berapa nak setuju dengan tindakan SPR ni tapi aku rasa SPR terpaksa buat jugak untuk mengelak berlaku huru-hara masa hari mengundi PRU13 nanti.

Pasainya aku ada dengar khabar tapi sumber tak rasmi la. Walau  sumbar tak rasmi tapi mungkin betul pasai logiknya kuat.

Katanya Jentera Pilihanraya PAS ada cadangan nak ujudkan lagi satu kod cula baru. Selain cula A, B, C, D, E, F, G, H yang biasa jentera PAS guna untuk label kecenderungan pengundi dalam daftar pemilih, katanya PAS bercadang nak tambah satu lagi cula untuk 'Pengundi Hantu' (mungkin sesuai guna kod X kut.)

Dengar ceritanya DPP akan pecahkan senarai 'pengundi diragui' yang ada pada depa tu mengikut pusat mengundi dan bagi kepada semua PACA mengikut saluran mengundi.

Dengar ceritanya antara plannya, PACA yang bertugas dalam bilik mengundi akan pastikan pengundi yang di cula X ni tak dibenarkan mengundi.

Aku tak pasti macamana cara nak dibuat tapi kalau ada arahan khusus aku yakin petugas PACA dari PAS yang termasuk ramai dari kalangan 'samseng kampung dusun masa dalam Umno dulu' memang sedia untuk melaksanakan apa saja bentuk arahan. Kalau setakat nak sepak tong undi memang takdak masalah langsung aku rasa.

Elok jugak la SPR buat kerja pembersihan daftar pemilih ni. Tak seronok la kalau hari mengundi nanti jadi kecoh, orang nak mengundi pun tak selesa.

Tapi yang aku tak puas hatinya, pasai apa SPR boleh ikut suka potong nama dari daftar pemilih tu. Macam aku ada tulis sebelum ni, patutnya SPR kena guna kaedah biasa untuk potong nama tu, bukan potong ikut suka tak kira masa.

Aku malas nak ulang tulis, kalau nak baca apa yang aku dah tulis tu boleh baca kat sini.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...