Kakitangan SPR yang berkenaan patut dihukum | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, September 23, 2011

Kakitangan SPR yang berkenaan patut dihukum

Malaysiakini melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan sejumlah 220 lagi warga asing daripada rang daftar pemilih di Selangor.
   
Mereka antara 222 orang yang dibantah PAS Paya Jaras - dalam parlimen Subang - dan didengar suruhanjaya berkenaan pada Selasa dan Rabu lalu.
   
Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS DUN itu Mohamad Fisal Mohamad Yusoff berkata, semua mereka memegang kod 71 dalam kad pengenalan penduduk tetap (PR) - kad pengenalan merah - sewaktu membuat semakan.
 
"Dalam rekod JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), mereka semua memegang kad pengenalan merah, oleh kerana itu kita membuat bantahan.

"Dan semasa bantahan, mereka masih lagi memegang kad pengenalan merah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurutnya lagi, daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 30 orang hadir semasa pendengaran di pejabat SPR negeri di Shah Alam.

"(Seramai) 28 orang daripadanya memberitahu tidak pernah memohon (sebagai pemilih) dan tidak tahu nama mereka didaftarkan sebagai pengundi," kata Mohamad Fisal.

Beliau menegaskan kebanyakan daripada pemegang kad pengenalan itu berasal dari Kemboja dan Indonesia. - Mkini.
Tindakan SPR ni mengesahkan yang memang ada bukan warganegara yang didaftarkan sebagai pengundi. SPR bernasib baik pasai sebelum ni ada Mismah yang katanya memang dah lama dapat status warganegara tapi kali ni 220 ni memang sah masih pegang kad pengenalan merah.

Bukan setakat tu saja, SPR sepatutnya ambil tindakan kepada Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang cuba mendaftar bukan warganegara Malaysia sebagai pengundi ni.

Memang jelas sangat, takkan Pendaftar atau Penolong Pendaftar tu taktau beza antara MyKad dengan MyPR.
 
Tambah lagi dilaporkan yang 28 daripada depa tu bagitau yang depa tak pernah pun memohon dan taktau nama depa didaftarkan.


Yang lebih perlu lagi, SPR kena ambil tindakan ke atas kakitangan SPR yang semak dan sahkan borang A tu. Memang takdak alasan langsung untuk depa 'terlepas pandang'. Kalau setakat sorang dua mungkin la kes terlepas pandang tapi kalau dah sampai 220 borang tu namanya memang saja-saja buat.

SPR memang takdak masalah langsung kalau nak ambil tindakan pasainya database SPR memang lengkap. Setiap borang A yang sampai kepada SPR akan akan dikendalikan orang seorang kakitangan untuk masukkan data kemudian akan disemak oleh kakitangn yang lebih kanan dan kemudiannya akan disahkan pulak oleh kakitangan yang lebih kanan.

Nama dan ID depa tu memang disimpan sekali dalam database termasuk nama dan ID Penolong Pendaftar. Maknanya kalau di masukkan no MyKad dalam sistem database induk SPR, akan keluar sekali nama kakitangan SPR yang uruskan borang A penama tu.

SPR memang perlu ambil tindakan kepada depa-depa yang buat kerja CELAKA tu untuk bersihkan nama SPR, untuk buktikan yang SPR sebenarnya telus cuma dikotorkan oleh kakitangan yang CELAKA, menyalahgunakan kuasa jadi 'si anjing Umno.'

Masalahnya, berani ka SPR nak ambik tindakan macamn tu. Aku sungguh-sungguh langsung tak yakin pasai aku yakin banda ni semua memang dirancang atas arahan orang politik. Takkan la berani diambil tindakan, kalau diambil tindakan tentu punya bocor rahsia.

Lagi satu masalahnya, kalau sebelum ni macam kat Sabah dulu boleh jugak sumbat depa tu dalam ISA, tutup cerita. Takkan kut nak guna ISA lagi yang Najib dah kata nak dihapuskan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...